Hari Ni Ulang Tahun Lah!

Salam dears,
Mama baru perasan yang hari ni hari ulang tahun perkahwinan Mama dan Ayah! Tu pun tiba tiba teringat "ehh rasanya aku nikah bulan 12, tapi...berapa haribulan?". Terus menGoogle cari entri kat blog sendiri. Nasib baik pernah cerita kat blog. Kalau tak? Jenuh nak kena pi cari album gambar kahwin, yang entah simpan kat mana entah! Hahahhaa. Teruk betoi kan? Hehe

So bila dah ingat, apa yang dibuat? Ucapkan kat Ayah "happy anniversary!". Ayah pandang Mama dan tanya "hari ni ehh?". Pastu masing masing pandang sesama sendiri dan bantai gelak hahaha! Sebabnya...errr sangatlah romantik nya laki bini ni kan? Dua dua sama ja, tak ingat tarikh hari yang penting hehe

Ni tengah nak keluar dating berdua lah ni. Si kembar masih kat kampung. Nak dating kat mana? Candle light dinner ke? Takdak maknanya dinner bagai. Nak pergi berdating di kedai barangan elektrik dan survey mesin basuh ni haa. Sebab mesin basuh kat rumah tu dah tamat riwayatnya semalam. Sebelum ni dah pernah rosak dan repair. Tukang repair tu dah bagitau, lagi sekali rosak, baik beli baru je lah.

Ehhh...berjalan berdua duaan, berpimpinan tangan sambil sama-sama membelek dompet kira duit cukup ke tak nak beli mesin basuh, tak romantik ka? Itu baru betul romantik, real life punya romantik, kan, kan? Hehehe ;-)

Bila lah nak ingat tarikh ulang tahun perkahwinan sendiri ni? Dah 11 tahun dah, still asyik lupa! hehehe