Aiskrim Premium Honey Creme Yang Memikat Rasa!

Salam dears,
Bayangkan...aiskrim yang lemak berkrim dimakan dengan popcorn karamel yang rangup...perghhh terangkat! Korang dah pernah rasa tak? Belum? Tak tahu kat mana nak beli? Haaa meh nak cerita...

Mama dan aiskrim memang tak dapat dipisahkan. Jadi bila dapat jemputan ke majlis pembukaan Honey Creme di Desa Sri Hartamas pagi tadi, berdesuppp Mama sekeluarga ke sana. Setelah mencuba pelbagai pilihan yang ada, Mama sukakannya! Kitorang sekeluarga ulang makan 2 kali setiap sorang tau, sebab sedap dan kena dengan selera kitorang.


Ramai bloggers yang hadir, meriah! Tapi walaupun ramai, pekerja Honey Creme dapat siapkan order dengan cepat, bagus!

Pelbagai pilihan aiskrim premium yang ada di Honey Creme

Keistimewaan aiskrim Honey Creme ni ialah ianya menggunakan bahan-bahan organik premium termasuklah susu organik dan krim terbaik dari Korea. Tekstur aiskrimnya bagi Mama memang memikat selera gitu. Lemak berkrim dan halus lembut je. Errr omputih kata 'soft and creamy'. Tapi ianya tak lah terlalu lemak berkrim dan tak terlalu manis, just nice. Bila makan dengan pelbagai pilihan topping yang ada, memang sedap!

Meh nak tayang pics aiskrim Honey Creme ni bagi korang terliur. Sila...sila...jemput jamu mata yer hehe

Popcorn, RM12.50
Mesti cuba ni! 1st time Mama makan aiskrim dengan popcorn karamel, sedappp! Atas bawah ada popcorn tau, best! Boleh pilih dalam bekas cawan camni atau kon.

Affogato, RM13.50
Penggemar kopi expresso mesti cuba yang ni tau. Pahit pahit manis, sedap!

Organic Cotton Candy, RM12.50
Yang ni pilihan kalbu si Fahmi. Gula kapas tu tak ada perasa tiruan dan dibuat menggunakan gula organik. Atasnya ditaburkan garam 'Italian pink rock salt'. So ada rasa masin masin skit. Memang kena lah gabungan rasa manis-masin-lemak-sejuk tu. Patutlah Fahmi ulang makan yang ni sampai 2 cawan!

Organic Mixed Grains, RM13.50
Tak sangka plak bila campuran bijiran organik ni digabungkan dengan aiskrim, akan jadi sedap! Tiba tiba rasa macam aii seorang yang peka pasal kesihatan, sebab makan aiskrim berkhasiat gitteww hehehe ;-)

Comb Honey, RM12.50
Ayah pilih yang ni, Mama tak sempat nak rasa. Tapi Ayah kata gabungan madu dan aiskrim lembut tu boleh tahan sedap dan tak terlalu manis. Pilihan sihat gak ni.

Dark Chocolate, RM12.50
Okeh..yang ni tak yah cerita panjang. Coklat dengan aiskrim memang gabungan yang sentiasa 'perfect'!

Honey Comb, RM14.50 
Ini aiskrim 'signature' di Honey Creme. Mama tak sempat rasa yang ni. Tapi honey comb tu adalah asli tau.

Kemain happy dapat makan aiskrim sedap!

Nnnggaaappp! Yummy!


Sempena pembukaan Honey Creme di Desa Sri Hartamas ni, ada promosi 'Beli 1 percuma 1' tau pada 19-20 Disember 2015. So siapa yang dekat tu, cepat cepat laa pergi yer. Pastu jangan lupa snap gambar dan upload di Instagram. Ikut syarat yang tertera dalam gambar diatas tu. Mana tau, ada rezeki nak menang. Good luck!

Terima kasih Honey Creme. Kami pulang dengan 'sweet memories' :-)

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Facebook: https://www.facebook.com/HoneyCremeKL
Instagram: https://www.instagram.com/honeycremehartamas/
Alamat: No. 20, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 
Isnin - Khamis: 12 tengah hari - 10 malam
Jumaat - Ahad: 12 tengah hari - 11 malam
Telefon: +603-6206 2879

Labels: , ,