Terpikat Dengan INTEEMOR Jus Premium Untuk Wanita!

Salam dears,
Pertama kali Mama dapat tahu tentang INTEEMOR ni ialah daripada instagram Memey Suhaiza. Mama memang follow sebab suka tengok Memey yang sentiasa lawa berseri seri tu. Dan...terpikat juga dengan packaging INTEEMOR, sebab ungu warna kegemaran Mama hehe. 

Lepas tu, mula lah mengGoogle cari maklumat dan testimoni tentang produk. Uishh banyak betul kebaikan INTEEMOR. Buat hati lagi teringin nak cuba. Dan kini, walapun baru 2 minggu lebih mengamalkannya, Mama boleh katakan bahawa INTEEMOR serasi dengan Mama. Memang puas hati! :-)


Terpikat dengan INTEEMOR :-)

Diantara kesan yang Mama dapat rasa ialah:
Banyak betul kebaikan INTEEMOR. Ni yang buat Mama makin bersemangat mengamalkannya :-)

Klik untuk besarkan gambar ye

Ohh yaa...INTEEMOR diperbuat daripada 16 herbal terpilih, yang telah terbukti sejak turun temurun lagi kebaikannya untuk kecantikan luaran dan dalaman wanita. Jadi, tak hairanlah kalau ia mampu memberikan bermacam macam kebaikan untuk wanita yang mengamalkannnya, termasuklah Mama ;-)

Gabungan 16 herbal terpilih dalam INTEEMOR

Selain daripada bahan bahan yang biasa kita dengar macam Kacip Fatimah, Manjakani dan Sireh, Mama tertarik dengan penggunaan Kunyit, Dong Qui dan Habbatussauda dalam INTEEMOR

Kalau korang Google tentang kebaikan Habbatussauda, memang banyakkk sangat maklumat yang ada. Malah terdapat hadis yang mengatakan Baginda Rasullah SAW bersabda bahawa Habbatussauda berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Hmm rasanya ramai yang tahu bahawa kunyit sering digunakan oleh masyarakat India untuk tujuan kecantikan kan? Sebab kunyit mempunyai bahan yang boleh melawan keradangan dan memberi kesan antiseptik pada kulit. Seingat Mama, masa sekolah dulu selalu nampak kawan kawan India yang sapukan kunyit dikulit semasa tengah period. Sekarang baru Mama tahu apa kebaikannya. 

Dong Qui pula adalah salah satu bahan yang sering digunakan oleh masyarakat Cina untuk mengubati pelbagai penyakit dalaman wanita dan bagus untuk menstabilkan hormon. Aloe Vera pula, well tentu korang dah biasa dengar tentang kebaikan dan keberkesanan Aloe Vera dalam penjagaan kulit dan rambut kan

Sebenarnya kalau nak dihuraikan satu persatu kebaikan 16 herbal dalam INTEEMOR ni, sampai lusa pun tak habis kot hehe. Apa yang pasti, Ephyra sudah pilih dan gabungkan hanya yang terbaik dalam INTEEMOR!

Sememangnya INTEEMOR umpama 'jamu moden' untuk wanita. Dah tak perlu bersusah payah nak rebus herba itu ini, pastu menahan pahit nak menelannya pula. Dengan INTEEMOR,  senang saja. Ambil sudu, tuang dan ngap! Rasa pun sedap, masam masam manis. Simpan plak dalam peti ais, confirm senang nak telan.


INTEEMOR sesuai untuk wanita berkahwin, anak dara, wanita berpantang dan ibu menyusu. Untuk yang dah tak berapa remaja macam Mama ni, ambil 2 sudu pagi dan 2 sudu malam yer.

Sibuk nak suapkan Mama. Pastu sibuk nak rasa juga hehe. Sorry ye sayangs, ini untuk wanita sahaja. Haaa...INTEEMOR mengandungi madu. Jadi sebaiknya gunakan sudu plastik untuk kekalkan khasiatnya okeh.

Hmm...diantara kelebihan INTEEMOR ialah membantu membakar lemak berlebihan dan mengawal berat badan. Wah wah wahh...adakah nanti aii akan slim melim macam Memey Suhaiza? Ececeh...kalau dapat turun 2 kg pun syukur lah hehe. Well, lain orang, lain kesannya. Jadi kita tunggu dan lihat yer. Moga tercapailah hajat dihati untuk jadi #makinmanis dan #makinmantap lepas ni ;-)

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang INTEEMOR, boleh dapatkan di:

Facebook: Oceanlife2u
Instagram: Ephyra2u
Website: Oceanlife
E-mail: info@oceanlife2u.com
Harga: RM49.00 sebotol (tidak termasuk pos)

Nota: Ibu mengandung DILARANG mengambil Inteemor.

Labels: , , ,