Shopping Lagi di MPH Bookerville...

Salam dears,
Hujung hujung tahun ni banyak betul jualan murah kan? Sana sini sales. Dan untuk yang suka shopping macam Mama ni, mencabar betul! Sebab pantang nampak 'sales' ja terus nak singgah hehe. Dah laa kerja dekat dengan shopping complex, lagi bahaya!

Nampak je bunting ni, terus kaki aii melangkah masuk. Macam ada magnet hahaha

Tak lah besar sangat area sales nya, tapi sempat laa juga membeli dengan jayanya ;-)

Baru masuk setapak, terus terjebak membeli dah haha. 
Sebab murah ni! Terus sambar 3 untuk si kembar bawa ke sekolan tahun depan :-)

Lepas tu, harus laa jalan pusing pusing tengok apa lagi yang ada. Meh nak share pics...

Rambang mata oiii

Lepas diskaun, set botol air & bekas tu tinggal RM13.96 je. Murah kan?

Lepas diskaun tinggal RM24.95. Murah oiii untuk beg Disney Princess camni. Tapi tengok tak banyak kat situ. Tak tahu lah kalau diorang simpan stok kat stor ke.

Lepas 50% diskaun, harga jadi RM49.95. Tak leh bagi si kembar tengok ni, mesti nak punya!

Diskaun 25% untuk bukan ahli dan 30% untuk ahli MPH. Harga asal RM10.95 sebuah. Lepas diskaun? Korang kira lah sendiri hehe. Tapi buku keywords Peter & Jane memang bagus untuk ajar anak anak membaca Bahasa Inggeris. Mama tengok semalam ada yang memborong satu set terus. 

Doodle memang tengah trending kan sekarang?

Lain lain yang ada kat sini... 







Kot kot ada yang korang berkenan, korang boleh laa datang MPH Bookerville Fair di NU Sentral ni, akan ada sehingga 29 November 2015. Happy shopping ;-)

Labels: