Movie Review: Spectre 007

Salam dears,
Mama bukan peminat Daniel Craig dan bukan peminat filem James Bond. Yang filem James Bond sebelum ni, Mama tak tengok pun. Tapi disebabkan Mama suka filem aksi dan 'spy movies', Mama terjebak juga pi tengok filem Spectre baru baru ni. 

Daniel Craig. Tak minat dia. Tapi tengok dia jadi James Bond, smart lah pula hehe

Dalam Spectre, James Bond terima mesej daripada bekas bos nya 'M' yang dah meninggal dunia. M suruh James Bond cari dan bunuh Marco Sciarra. Bond buat seperti apa yang diminta dan akhirnya siasatannya membawa kepada pembongkaran satu organisasi rahsia iaitu Spectre. Nak tahu lebih lanjut? Sila pi tengok sendiri hehe. 

And my verdict? Mama enjoy tengok movie tu. Walaupun ada kawan kawan yang kata filem ni boring dan kurang menarik berbanding Skyfall, tapi 2 setengah jam Mama dalam panggung tu langsung tak rasa boring. Sebab sememangnya banyak aksi yang mendebarkan! Sampai siap tahan kencing tak nak pergi toilet takut terlepas jalan ceritanya lah hahaha

Yang menarik bagi Mama, tentu sekali segala aksi lasak dan gajet yang digunakan, termasuklah kereta James Bond yang smart giler tu. Ada juga part yang kelakar, terutama bila Bond jumpa Q, si 'nerd' dalam cerita ni yang mencipta segala gajets yang Bond guna tu. 

Cuma...ada laa beberapa scene yang macam..."ehh sempat lagi?" dan "biar betul, tengah melarikan diri pun bawa dress & tuxedo lawa lawa ke?" hahaha. Dan, Mama rasa adengan dengan Lucia Sciarra (Monica Belucci) tu macam tak perlu ja. Rahsia yang Lucia simpan tu boleh didapatkan dengan cara lain. Tapi biasalah, cerita James Bond kan, mesti lah ada sikit adengan seksi (tapi kat panggung di Malaysia ni opkos lah tak ditunjuk).

Pic from Google
Hebat heroin, tengah melarikan diri pun boleh ingat nak bawa dinner dress lawa lawa ;-)

(source)
Jatuh cinta dengan Aston Martin DB10 ni, smart sangat!

Overall, bagi Mama berbaloi laa layan Spectre 007 ni kat panggung. Sempat lagi korang nak pi tengok ni, enjoy watching!

Ohh yaa...filem Spectre 007 ni tak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak tau. Sebab banyak adengan ganas, berlawan, bertumbuk, tembak menembak, bunuh membunuh. So kalau nak tengok, mak pak pi lah dating berdua je laa, jangan bawa anak anak yer ;-)

Labels: