Menyesal Tak Rakam Kenangan...

Salam dears, 
Masa dok scroll tengok pics kat Instagram (IG) semalam, tiba tiba terjumpa IG yang buat Mama mengimbau seribu satu kenangan...

University of Strathclyde, Glasgow, Scotland

Mama sempat belajar disana, tapi tak graduate disitu. Disebabkan kegawatan ekonomi tahun 1998, ramai pelajar MARA terpaksa balik sambung belajar kat Malaysia. Terutama yang ambil kursus yang dikategorikan sebagai 'non-critical courses'. Macam Mama lah, ambil kursus Marketing je.

Mama berhenti dengan agak mengejut juga masa tu. Dapat je tempat di universiti tempatan, terus berhenti pergi kelas di University of Strathclyde dan bersiap untuk balik Malaysia. Tak sempat nak jumpa kawan kawan sekelas untuk ucapkan selamat tinggal pun. Kenapa mengejut? Hmm adalah kisahnya, panjang kalau nak cerita.

Setiap kali Mama teringat zaman belajar di sana, pasti timbul rasa menyesal dan terkilan. Ehh bukan menyesal sebab tak dapat habiskan stadi disana. Masa tu Mama happy je nak balik Malaysia hehe

Tapi...yang buat Mama rasa terkilan sampai skarang ialah, Mama langsung tak dak ambil gambar di University of Strathclyde tu! Gambar sekitar Glasgow dan Scotland tu ada lah, tapi gambar di university, tak dak. Gambar dengan rakan sekelas pun tak ambil. Kenangan yang ada, hanyalah apa yang dalam ingatan Mama saja. Dan ingatan, mungkin makin lama akan makin pudar....

Jadi menyesal, memang menyesal kerana dulu Mama ni jenis yang tak berapa suka bergambar. Tambah plak masa tu blum ada camera phone atau kamera yang kecil comel macam sekarang, nak kena usung kamera besar gedabak kesana kemari. Jadi malas dan selalu ada perangai 'nanti lah baru aku ambil gambar'. Tup tup, sekeping pun tak dak! Huhu

Mungkin sebab tu lah, sekarang ni Mama jadi jenis yang skit skit nak snap pics. Terutama gambar anak anak, diorang dok bergolek melepak depan tv je pun, Mama sibuk ambik gambar. Bawa anak anak makan cendol kat tepi jalan pun ambil gambar hehe. Sebab seboleh bolehnya nak rakam kenangan. Kerana setiap saat, setiap aksi, setiap tempat yang dilawati tu, adalah sebahagian daripada hidup ini. 

Biar lah orang tengok kita pelik jer, sebab asyik sibuk nak ambil gambar. Biarlah orang kata gedik macam Mamarazzi. Asalkan dapat rakam kenangan, yang mungkin tak akan berulang lagi, ye dak? 

Labels: