Kecilnya Si Kembar Tiga!

Salam dears,
Semalam Mama dok mencari gambar untuk buat Photobook, plan nak kumpul gambar kenangan manis tahun 2015. Tapi dok godek godek laptop, terjumpa plak gambar gambar lama si kembar tiga. Gambar masa diorang masih bayi lagi. Ohhh terus terasa nostalgia emo tak tentu pasal plak masa tu hehehe. 

Sebabnya si kembar ni lahir pramatang (premature babies). Lahir pada usia kandungan 34 minggu 5 hari, berat Fahmi masa tu 1.96kg, Faris 2.04kg dan Fauzi 1.85 kg saja. Kecil dan kurus sangat. Macam kulit dengan tulang je. Pakai baju dan pampers newborn yanh paling kecil tu pun, still longgar menggelebeh hehe.

Ingat lagi, ada sekali tu ketika bawa si kembar ni pergi check up kat klinik kesihatan, ada sorang makcik ni sampai menangis bila tengok si kembar. Sebab diorang nampak terlalu fragile. Dia sedih takut diorang tak sihat. Tapi Alhamdulillah, walaupun lahir pramatang, si kembar ni sihat sihat je :-)

07.09.2008 - Hari pertama si kembar balik ke rumah :-)

07.09.2008 - Pakai baju size newborn, tapi still longgar yang amat

Kecik cinonet je

Mari menangis beramai-ramai, yeahhh ;-)




07.10.2008 - dah mula bam bam dah.
Tapi masa ni kulit gelap ja semua.

12.11.2008 - Tiga budak bam bam

Hmm bila ditatap semua gambar tu, ada rasa gembira, sayu, terharu dan ntah apa lagi lah perasaan yang tak dapat nak diucapkan. Walaupun dah tujuh tahun, tapi sampai sekarang masih ada rasa macam "ehh anak aku kembar tiga lah!". Yang pasti, rasa sangat sangat bersyukur kerana dikurniakan nikmat terindah ini, Alhamdulillah :-)

Moga Fahmi, Faris dan Fauzi akan terus membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa, Amin...

Labels: ,