Kasut Sekolah Murah di BATA Warehouse Sales!

Salam dears,
Berita gembira - BATA buat warehouse sales uolls! Bermula dari hari ni 26 November sampai 6 Disember 2015, kat Bata Factory, Jalan Kapar Klang.

Teruja sangat Mama bila dapat tahu tentang ni, sebabnya memang tengah kira bajet untuk beli barang keperluan sekolah si kembar 3 untuk tahun depan. Dan semestinya kasut sekolah adalah salah satu benda yang perlu dibeli. 



Tarikh: 26 Nov. - 6 Dis. 2015
Masa: 9 pagi - 7 petang
Lokasi: 3 1/4 Mile, Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor (Wawasan Hai-O entrance)
Peta lokasi: http://on.fb.me/1IcOXHF
Google maps: https://goo.gl/maps/rhSow1qpbSF2
Waze: https://waze.to/lr/hw2817y7kz

Price range:
• Men’s Shoes & Sandals : RM10 – RM30
• Ladies Shoes & Sandals : RM10 – RM20
• Children Shoes : RM5 – RM10
• Sports Shoes : RM20 – RM30
• Slippers : RM5 – RM10
• School Shoes : RM5 – RM10
• Branded Footwear : RM50 – RM80
• Standard Stock : 30% - 50% OFF

Participating Brands:
-BATA
-Primavera
-Power
-Bata Comfit
-Weinbrener
-Footin
-NorthStar
-Bubblegummers
-B.First

Berdasarkan pengalaman tahun ni, kasut sekolah si kembar 3 ni mesti ada sekurang kurangnya tiga pasang seorang. Sebabnya baru setengah tahun kasut dah rosak, koyak rabak dan kena beli yang baru untuk ganti. So Mama plan nak pergi ke BATA warehouse sale ni dan borong stok setahun terus hahaha! 

Ye laa...katakan biasanya harga kasut sekolah dalam RM30 sepasang, sekali beli 3 pasang dah RM90. Kalau 9 pasang dah berapa RM tu, fengsan! hehe. Tapi di warehouse sale ni katanya kasut sekolah semurah RM5 - RM10 je sepasang. Uishhh banyak boleh jimat tu! Harap harap ada laa stok kasut size si kembar 3 ni nanti. Nak yang jenis zap-on jer, senang. 

Hmm....brand Primavera pun ada gak tu. Selain daripada kasut anak anak, boleh laa pandang pandang, jeling jeling kasut untuk Mama juga ni hehe ;-)

Labels: , ,