Boleh Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online Lah!

Salam dears,
Sejak si kembar tiga ni habis peperiksaan akhir tahun minggu lepas, boleh dikatakan tiap tiap malam hati Mama berdebar debar. Sebabnya, diorang dok bawa balik kertas peperiksaan diorang tu. 

Serius nervous wehhh tiap kali diorang hulurkan kertas putih...sebab Mama tahu tu kertas periksa! Dah laa bawa balik satu subjek demi satu subjek, seorang demi seorang plak tu. Kalau bagi segedebuk serentak, aii nervous sekali jer. Ini? Berkali kali! Sebelum tengok, siap baca Bismillah dulu hokeh hehe. 

Bila Mama update tentang ni di status Facebook Mama, ada kawan yang tinggalkan komen kata dia pun nervous, sampaikan check results online. Haaa...baru Mama teringat, sebenarnya boleh je check online. Apa lagi, terus buka website Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semak keputusan peperiksaan sekolah rendah. 

Boleh semak kat link ini: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

Senang je, masukkan no. kad pengenalan murid, lepas tu pilih laa sekolah rendah atau sekolah menengah dan tahun apa, lepas tu klik semak laporan. Nanti di skrin seterusnya boleh pilih pula nak tengok laporan peperiksaan akhir tahun. Kalau cikgu dah update, maka adalah results nya kat situ. Nak tengok keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang dulu pun boleh. Mudahkan sekarang? 

Lepas tengok keputusan si kembar 3 ni, rasa happy kerana diorang lulus semua subjek, Alhamdulillah, lega! Tapi...pada masa yang sama, ada juga rasa 'aku kena usaha lagi'!. Yup, Mama & Ayah yang kena usaha lebih kuat! Mama Ayah tak hantar diorang ke kelas tusyen/kelas tambahan, jadi kami kena luangkan lebih banyak masa untuk bantu diorang belajar. 

Kena lebih rajin buat latihan dirumah. Kena usaha agar diorang boleh membaca dengan lancar. Tak boleh harapkan cikgu sekolah semata mata. Bayangkanlah berapa ramai murid murid dalam satu kelas, tak mungkin cikgu dapat berikan perhatian penuh pada setiap seorang murid kan? Jadi ibubapa lah yang kena bantu anak anak dirumah juga. 

Ohh yaa, dulu cikgu kelas diorang bagitau Mama ada empat subjek yang wajib lulus iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Dunia Sains dan Teknologi.  Katanya kalau dapat F untuk satu subjek je pun, akan dikira sebagai gagal (tidak menguasai). Dan sekarang ni nak dapat A, markahnya kena 85 dan ke atas. Dulu 80 dah A dah kan? Fuhhh...stress pula Mama rasa ni *lap peluh*

Adoi laa...ni baru keputusan periksa Darjah 1 je pun aii dah peluh tiak dah. Kalau SPM nanti, confirm lagi ketaqqq lutut kan? Hmm....start nervous dari sekarang boleh? hahaha ;-)

Labels: , ,