Salam dears,
Hari Jumaat lepas si Faris kena sengat tebuan. Siang masa dia kat taska, kena sengat kat betis dia. Malam masa jemput dari taska baru Mama dapat tahu. Mula mula tengok, Mama releks ja, siap boleh singgah shopping kat AEON Big lagi. Sebab masa tu dia nampak ok ja. Boleh berlari & tak nampak dalam kesakitan pun. Kaki dia pun tak lah bengkak sangat.
Tapi masa lepas shopping, dia mengadu kata kaki makin sakit. Masa tu dah pukul 9.40 malam dah pun. Lagi 20 minit je klinik dah nak tutup. Tapi hati Mama kuat mengatakan, bawa je lah ke klinik, biar je lah doktor tengok. Risau plak kot makin sakit kang.
Dan nasib baik pergi klinik! Sebabnya sebaik saja doktor tengok, terus doktor kalut sebab katanya dah bengkak besar! Pastu doktor terus cakap kena bagi injection ni! Ehhh injection apa? Heran plak Mama, kena sengat tebuan je pun nak kena inject ka?
Kata doktor, sesetengah orang boleh ada allergic reaction bila disengat tebuan. Boleh jadi bengkak satu badan, bengkak mata dan menyebabkan ganguan pernafasan. Dan bila dah sampai susah bernafas, ianya boleh membahayakan nyawa! "Lebih baik bagi injection sekarang puan, daripada biar jadi allergik sampai susah bernafas dan kena tebuk masuk tiub...." kata doktor. Lepas tu, doktor bagi ubat susutkan bengkak, ubat sapu dan juga antibiotik. Sebab doktor kata kita tak tahu apa lagi kuman atau penyakit yang mungkin ada pada tebuan tu.
Aduhhh dengar je tu, terus Mama panik hokey. Tak sangka plak kena sengat tebuan boleh jadi serius sampai camtu. Nampak sangat ilmu ku masih cetek huhu. Lepas ni kena alert tentang benda benda camni. Hmm nasib baik lah, walaupun dah lewat last minute, tergerak juga hati dan sempat bawa ke klinik.
Dah tak bengkak, Alhamdulillah...
Mama dah Google cari infor tentang sengatan tebuan dan lebah. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah mencabut penyengat daripada tempat sengatan (kalau ada yang tertinggal) dan lepas tu tekapkan ais pada tempat yang disengat untuk kurangkan bengkak. Dan cepat cepatlah bawa ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan (sumber).
Mama rasa lepas ni kalau kena gigitan/sengatan serangga macam ni...lebah ke apa ke, pergi je lah jumpa doktor. Memang laa kita pray for the best dan harap tak jadi apa apa yang tak diingini. Tapi lebih baik ambil langkah pencegahan kan? Better be safe than sorry :-)