Ada Akal, Guna!

Salam dears, 
Hari ini Mama sekeluarga pergi ke Taman Cabaran Putrajaya. Saja ambil kesempatan cuti hujung minggu ni bawa si kembar 3 wall climbing di sini. Diorang dah lama dok ajak.

Mama pun suka bawa diorang kesitu. Sebab bagi Mama wall climbing ni aktiviti riadah yang bagus untuk anak anak. Tempatnya pun selesa, bertutup, ada aircond dan paling penting - percuma! Hehehe

Tapi...malangnya hari ni bilik wall climbing untuk kanak-kanak ni agak 'tercemar' dengan bau busuk! Busuk apa? Haaa tengok lah sendiri...

Sesak nafas dengan bau busuk kasut!

Apa laa cerdik sangat, bawa masuk kasut ke dalam bilik yang bertutup? Kenapa laa tak letak je kasut kat luar pintu? Letak kasut kat luar pun tak perlu risau sebab pintu kaca, nampak ja kalau ada orang ambil kasut. 

Masa Mama sampai, tengok dah banyak kasut kat dalam macam tu. Walaupun tak ada papan tanda melarang bawa masuk kasut, tapi boleh fikir sendiri kan, apa kesan bau kasut dalam bilik bertutup? 

Hmm dah banyak kali Mama datang sini, dan inilah pertama kali jadi macam ni. Mungkin pengunjung kali ni, tak berapa nak fikir sebelum buat sesuatu. Dah laa dibiarkan anak makan minum diatas 'tilam' dalam bilik ni. Kalau tumpah, kotor nanti!

Selain daripada tu, yang buat Mama risau, dibiarkan anak anak memanjat sambil makan lollipop! Kalau terjatuh, dan tercucuk kayu lollipop tu macam mana? Bukan itu saja, pakat sibuk bersembang dan tak peduli pun anak anak dok meniti diatas tebing wall tu, bahaya! Mama pula yang dok jegil kat budak budak tu suruh turun.


Dan...kebetulan anaknya lompat dari atas tebing tu dan tak boleh nak bangun! Tak tahulah terseliuh kaa apa kaa. Tapi budak tu dah menangis baru mak nya sedar, hurmmm...

Malang memang tak berbau, tapi kalau boleh, pantau dan elakkan lah daripada berlaku apa apa yang tak diingini. Ada akal, maka guna lah!

Hmmm mintak dijauhkan lah daripada Mama Ayah leka macam tu...

Labels: