Terlepas Pandang!


Salam dears,
Hari ni si kembar 3 ada periksa subjek Dunia Sains dan Teknologi. Haaa macam gempak kan, darjah 1 dah belajar 'Dunia Sains' kan? Mama darjah 1 dulu belajar sains ke tidak pun dah tak ingat dah. Yang ingat, pergi sekolah main ngan kawan kawan dan nyanyi nyanyi dalam kelas je hehehe.

Anyways, semalam Mama & Ayah ajar laa diorang ulangkaji, persediaan untuk hari ni. Dan...baru Mama perasan yang selama ni Mama terlepas pandang untuk ajar diorang untuk kenal dan bezakan 'rasa'. Rasa camna tu? Well...rasa masam, manis, masin dan pahit.

Masa buat latihan, soalannya ada gambar kek, bila tanya kek rasa apa? Si kembar jawab "rasa sedap!". Pastu gambar sayur peria, bila ditanya apa rasa peria? Si kembar jawab "rasa tak sedap!". Jawapan yang betul, tapi tak tepat! Rupa rupanya diorang tak tahu nak bagitahu samada benda tu manis ke pahit ke. Yang tahu, sedap tak sedap je huhu.

Time tu juga Mama rasa macam tersedar dari lamunan dan terfikir balik "ya lah aku tak pernah ajar diorang, asyik tanya sedap tak sedap jaa selalu". Hmm lepas ni bila makan atau minum sesuatu, kena huraikan secara spesifik, apa rasa benda tu. Masam, masin, manis, pahit, ke tawar ke apa ke. Walaupun benda mudah, tapi tak boleh anggap anak anak dah tahu dengan sendirinya kan?

Buah hati, pengarang jantung :-)