Sekolah Masih Ditutup Esok Kerana Jerebu

Salam dears,
Nampaknya keadaan jerebu tahun ni teruk sangat kan? Dah berlarutan lama sangat. Dah banyak kali sekolah terpaksa ditutup, termasuklah esok 20 Oktober pun sekolah dibeberapa negeri masih ditutup...


Hmm...kesian juga kat budak budak sekolah yang patutnya periksa sekarang ni. Bila periksa ditangguhkan, pasti debaran tu makin terasa kan? Ye lah, kalau boleh nak cepat cepat habiskan peperiksaan, lepas tu lega!

Si kembar ni pun sepatutnya sedang periksa akhir tahun gak ni. Tapi diorang happy ja releks, almaklumlah periksa darjah 1 ja, tak reti nak stress apa sangat pun hehe. Mama diorang je yang nervous pun haha.

Tapikan, sebenarnya kan,  Mama ada rasa lega juga sebab rasa macam ada extra time untuk ulangkaji pelajaran lagi. Mana subjek atau area yang belum cekap tu, boleh praktis lagi kan.

So moga moga semua students yang terpaksa tangguh peperiksaan tu, boleh pandang penangguhan ni dari segi positif dan jangan stress stress ye. Good luck!