Petua Goreng Ikan Bilis Hingga Rangup

Salam dears,
Hari ni Mama masak nasi lemak. Jadi kenalah goreng ikan bilis. Nasi lemak tanpa ikan bilis goreng, tak syiok laa kan? Tapi masalahnya, Mama ni bila goreng ikan bilis selalu gagal - tak pernahnya rangup! Liat patah gigi ada laa huhu

So Mama Google cari petua camna nak goreng ikan bilis hingga rangup. Dan rata rata petua yang Mama jumpa kata guna cuka. Ehhh apa kaitan cuka? Ntah lah, tapi Mama cuba je lah. Dannnn ianya berkesan! Buat pertama kalinya ikan bilis aii rangup krup krap krup krap! Yayyyy! 

Meh Mama kongsikan petuanya:

1. Bersihkan ikan bilis dan toskan air.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Biar minyak betul betul panas baru masukkan ikan.
3. Goreng guna api perlahan.
4. Alih alihkan ikan bilis semasa menggoreng.
5. Goreng hingga buih hilang.
6. Bila dah nampak nak masak dah, titiskan 2-3 titik cuka putih dan gorengkan sikit lagi.
7. Angkat dan toskan dalam pinggan/bekas yang dilapik dengan tisu dapur untuk serap minyak.
8. Hidangkan!

Pastu, silalah menikmati ikan bilis goreng yang enak dan rangup, hoyeahhh ;-)
Goreng sampai buih tu macam dah nak hilang

Rangup! Sedapppp :-)

Labels: ,