Minyak Wangi Karen Low Pilihanku!

Salam dears,
Korang suka pakai minyak wangi tak? Mama suka. Setiap hari mesti pakai, tak kiralah pergi kerja atau duduk rumah je. Suka bau wangi sepanjang hari.

Tapi minyak wangi atau perfume kan mahal. Tambah plak kalau EDP, yang mainstream brand atau jenama terkenal tu mau beratus harganya kan? Alaaa yang biasanya ada kaunter sendiri kat shopping complex tu.

Walaupun salah satu perfume kegemaran Mama ialah Britney Spears Midnight Fantasy, Mama jarang beli. Sebaliknya, Mama beli ja yang lebih mampu milik, contohnya Pure Crystal dari Karen Low.

Pure Cyrstal by Karen Low

Haaa mesti ramai yang tak kenal minyak wangi Karen Low ni kan? Sebenarnya dah bertahun dah Mama guna. Mama biasa beli kat AEON, ada jual kat kaunter perfume yang campur macam macam brand sekali. Perfume murah murah, yang tak branded.

Tapi serious best perfume Karen Low ni tau. Bau wangi, tahan lama dan harga pun ok. EDP 100 ml harga dalam RM120 kalau tak silap Mama. Not bad lah kan? Dulu Mama selalu beli Pure Pink, tapi hari tu out of stock. Tu yang cuba Pure Crystal pula. Dan baunya menepati citarasa Mama. Bau bunga yang sweet & fresh. Saya suka, saya suka! Hehe



(pic from Google)
Yang Pure Pink ni pun best

Hmm bau dan ketahanan perfume kat seseorang tu berbeza kan. Sebab tu sebelum beli, eloklah cuba pakai dulu. Mama selalu pergi kaunter perfume, sembur sikit kat pergelangan tangan & pergi jalan jalan seround dua dulu. Lepas tu baru decide nak beli ke tidak. 

Sebab pernah cuba perfume original dan jenama yang mahal, tapi bila Mama pakai, tahan sejam je kot baunya. Dan lepas pakai tu, Mama jadi migrain juga. Nasib baik tak terus beli masa tu, kalau tak mesti menyesal je.

Oleh sebab tu, Mama tak kisah perfume tu yang berjenama terkenal atau tidak. Janji bau sedap, tahan lama dan harga berpatutan. Tak semestinya perfume yang mahal itu je yang elok kan? Beli ikut kemampuan poket sendiri lebih baik, tak gitu? ;-)

Psttt...orang kata perfume Che Ta tu best, teringin nak cuba yang tu plak nanti.

Labels: