Lebih Susah Daripada Soalan SPM!

Salam dears,
Masa tengah makan semalam, berlaukkan ayam goreng & telur goreng, si Faris tiba-tiba bertanya:

Faris: Telur ni anak ayam kan?
Ayah: Belum jadi anak ayam. Kalau ibu ayam tu peram duduk atas telur, baru telur tu jadi anak ayam.
Faris: Telur ni dari ayam kan? Dia anak kepada ayam kan?
Mama: Iyer...
Faris: Ooo macam tu kita makan mak ayah dia dengan anak dia laa ni?
Mama: Erkkkkk....

Tiba tiba je rasa macam tersangkut plak ayam kat tekak masa tu. Mama pun tak pernah terfikir sampai camtu kot huhu. Tiba tiba terasa 'sesuatu' dan terbayang makan 'satu keluarga'. Adehhh...Tak tahu nak kata apa lagi dah, terus Mama suruh dia cepat habiskan makanan dia, sambil peluh tiak takut dia tanya lagi soalan cepu mas macam tu hehe.

Hmm dulu masa si kembar 3 ni lambat bercakap, Mama risau. Sekarang dah pot pet pot pet pun, Mama risau gak. Risau kena jawab bermacam soalan mencabar minda, yang rasanya lebih susah daripada soalan SPM kot! 

Budak bijak :-)

Macam ni laa bila sel sel otak berhubung, anak anak sentiasa curious dan menganalisa setiap perkara yang dilihat atau dibuat. Dan ibubapa kena lah bersedia kan. Tapi bila sel sel otak Mama nya dah ala ala frozen dah ni, jenuh! Kena rajin membaca dan mengGoogle lah jawabnya. Supaya bersedia menghadapi apa saja soalan daripada anak anak. Tapi kan...bila tak tahu nak jawab, dan anak anak terus juga bertanya, uishhh serious stress oii..kan? Kan? 

Cer kongsikan apa soalan cepu mas yang anak anak korang pernah tanya, dan apa jawapan yang korang bagi? Nak buat panduan sesi soal jawab nanti ni hehe ;-)


Labels: ,