Salam dears,
Bila bercakap
tentang kesihatan, tentu ramai yang terus terfikir tentang diet,
jaga makan minum, jaga kulit, muka, rambut, kan? Berapa ramai
diantara kita yang akan fikir tentang penjagaan kaki? Padahal, kita guna kaki
setiap hari!
Bila dah mula
rasa sakit sakit kat lutut, sakit tapak kaki, baru lah nak kalut pergi check. Sebelum tu, bila fikir pasal kaki, asyik fikir bab nak beli kasut je.
Errr ni bercakap pasal diri sendiri ni hehe.
Public talk “How Healthy Is Your Feet” anjuran MyORTHO baru baru ni, banyak 'membuka mata' Mama tentang pentingnya menjaga kesihatan kaki. Dato’ Dr Edmund Lee, pakar orthotic & prosthetic, menekankan betapa pentingnya ‘alignment’ kaki kita ni, sama lah macam tayar kereta. Bila ‘alignment’ kaki tak betul, boleh jadi punca untuk sebabkan sakit lain contohnya sakit lutut, sakit pinggang dan sakit belakang.
Mama sempat berbual dengan peserta yang juga pelanggan MyORTHO. Dia cerita kat Mama, dulu dia ada masalah sakit belakang yang agak teruk, sampai tak boleh nak berdiri betul betul. Tapi setelah buat 'custom made insole' di MyORTHO, sakit belakangnya tu dah hilang. Dah dua tahun dia gunakan insole tu. Dan katanya, kalau jaga elok elok, insole tu boleh tahan sehingga berbelas tahun!
Mama sempat berbual dengan peserta yang juga pelanggan MyORTHO. Dia cerita kat Mama, dulu dia ada masalah sakit belakang yang agak teruk, sampai tak boleh nak berdiri betul betul. Tapi setelah buat 'custom made insole' di MyORTHO, sakit belakangnya tu dah hilang. Dah dua tahun dia gunakan insole tu. Dan katanya, kalau jaga elok elok, insole tu boleh tahan sehingga berbelas tahun!
Klik pada gambar untuk besarkan
Baru tahu bahawa ada banyak jenis tapak kaki
'Cop kaki' untuk kenalpasti jenis tapak kaki
Kaki Mama jenis 'high arch'. Katanya jenis macam ni mudah terpeleot bila berjalan huhu
Dato' Edmund kata, sebaiknya sejak kecil kita kena jaga 'aligment' kaki kita. Jangan bagi budak kecil duduk bentuk W macam ni. Sebab ianya boleh menyebabkan masalah bila besar nanti!
Dato' Edmund juga telah berkongsi cara-cara untuk memilih kasut yang betul, termasuklah:
- Pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti yang akan dilakukan. Kalau nak bersukan, pakailah kasut sukan, jangan pakai cowboy boots plak hehe.
- Seeloknya kasut yang ada 'arch support'.
- Pilih saiz kasut yang betul, sesuai dengan lebar dan panjang tapak kaki. Sebaiknya, ada ruang seluas 2 jari daripada hujung depan kasut tu dengan hujung jari.
- Ketinggian kasut yang sesuai. Kasut 'high heels' nampak cantik, tapi mungkin tak sesuai untuk kesihatan. Tambah plak orang yang berbadan montel cam Mama ni.
- Cuba kasut tu sebelum beli. Pakai, jalan jalan skit dalam kedai untuk tengok 'balance' atau tidak, gerak gerakkan jari kaki untuk pastikan ada ruang secukupnya. Pastikan kaki anda 'muat elok' dan selesa.
- Waktu terbaik untuk beli kasut ialah waktu petang atau malam.
Seeloknya ada ruang seluas dua jari (melintang) dari depan kasut dengan jari kaki.
Mama ni haaa, bila bangun pagi dan pijak je lantai, kerap kali akan ada rasa sakit menyucuk nyucuk kat tumit. Uishhh pedih oii! Ms. Madonna Pereira, Senior Physiotherapist di MyORTHO, kata ada senaman ringkas yang boleh kita amalkan setiap hari untuk elakkan masalah ni, dan macam macam lagi masalah lain yang puncanya daripada kaki kita. Meh nak kongsikan cara senaman tu...
Sakit kat tumit kaki
Senaman ringkas...
Memang banyak ilmu berguna yang Mama dapat hari tu. Seronok dapat bertanya sendiri dengan Dato' Dr. Edmund dan Ms. Madonna, yang tak lokek berkongsi ilmu. Kalau MyORTHO buat lagi public talk macam ni, Mama galakkan korang pergi.
Kalau korang nak pergi ke cawangan MyORTHO untuk dapatkan konsultasi pun boleh juga. Bak kata Dato' Dr. Edmund, kita hanya ada sepasang kaki saja. Maka, jagalah kaki kita sebaik baiknya!
Telefon: Cheras:603 9131 4988
PJ: 603 7727 9989
Kota Kinabalu: 088 -727 131
Menarik infonya!
ReplyDeleteKasut ayah aji mmg size besar so bentuk xbnyk kesian kan :(
ReplyDeleteBagus la ketahui jenis kaki sendiri bagaimana...baru tahu ada specialist khas ttg ni...good job sis
ReplyDeleteNice sharing!
ReplyDeleteActually, through experience mmg betul kasut sgt penting & bukan utk cantik saje. Dulu pilih kasut asal cantik cun melecun.... tapi sejak ada hips/joints problem few years back, kasut yg dipilih kena ada tapak yg baik... thks for the tips ... eeerrrr kena excercise ye???
ReplyDeleteGood info
ReplyDelete