Jaga Kaki dan Pilih Kasut Yang Betul!

Salam dears,
Bila bercakap tentang kesihatan, tentu ramai yang terus terfikir tentang diet, jaga makan minum, jaga kulit, muka, rambut, kan? Berapa ramai diantara kita yang akan fikir tentang penjagaan kaki? Padahal, kita guna kaki setiap hari!

Bila dah mula rasa sakit sakit kat lutut, sakit tapak kaki, baru lah nak kalut pergi check. Sebelum tu, bila fikir pasal kaki, asyik fikir bab nak beli kasut je. Errr ni bercakap pasal diri sendiri ni hehe.

Public talk “How Healthy Is Your Feet” anjuran MyORTHO baru baru ni, banyak 'membuka mata' Mama tentang pentingnya menjaga kesihatan kaki. Dato’ Dr Edmund Lee, pakar orthotic & prosthetic, menekankan betapa pentingnya ‘alignment’ kaki kita ni, sama lah macam tayar kereta. Bila ‘alignment’ kaki tak betul, boleh jadi punca untuk sebabkan sakit lain contohnya sakit lutut, sakit pinggang dan sakit belakang.

Mama sempat berbual dengan peserta yang juga pelanggan MyORTHO. Dia cerita kat Mama, dulu dia ada masalah sakit belakang yang agak teruk, sampai tak boleh nak berdiri betul betul. Tapi setelah buat 'custom made insole' di MyORTHO, sakit belakangnya tu dah hilang. Dah dua tahun dia gunakan insole tu. Dan katanya, kalau jaga elok elok, insole tu boleh tahan sehingga berbelas tahun! 



Dato Dr. Edmund Lee, CEO MyORTHO, pakar orthotic & prosthetic.


Klik pada gambar untuk besarkan



Baru tahu bahawa ada banyak jenis tapak kaki 

'Cop kaki' untuk kenalpasti jenis tapak kaki

Kaki Mama jenis 'high arch'. Katanya jenis macam ni mudah terpeleot bila berjalan huhu 

Dato' Edmund kata, sebaiknya sejak kecil kita kena jaga 'aligment' kaki kita. Jangan bagi budak kecil duduk bentuk W macam ni. Sebab ianya boleh menyebabkan masalah bila besar nanti!


Dato' Edmund juga telah berkongsi cara-cara untuk memilih kasut yang betul, termasuklah:


Seeloknya ada ruang seluas dua jari (melintang) dari depan kasut dengan jari kaki.

Mama ni haaa, bila bangun pagi dan pijak je lantai, kerap kali akan ada rasa sakit menyucuk nyucuk kat tumit. Uishhh pedih oii! Ms. Madonna Pereira, Senior Physiotherapist di MyORTHO, kata ada senaman ringkas yang boleh kita amalkan setiap hari untuk elakkan masalah ni, dan macam macam lagi masalah lain yang puncanya daripada kaki kita. Meh nak kongsikan cara senaman tu...



Sakit kat tumit kaki

Senaman ringkas...















Sempat selfie dengan Ms. Madonna Pereira, Senior Physiotherapist di MyORTHO

Memang banyak ilmu berguna yang Mama dapat hari tu. Seronok dapat bertanya sendiri dengan Dato' Dr. Edmund dan Ms. Madonna, yang tak lokek berkongsi ilmu. Kalau MyORTHO buat lagi public talk macam ni, Mama galakkan korang pergi. 

Kalau korang nak pergi ke cawangan MyORTHO untuk dapatkan konsultasi pun boleh juga. Bak kata Dato' Dr. Edmund, kita hanya ada sepasang kaki saja. Maka, jagalah kaki kita sebaik baiknya!

Website: MyORTHO
Facebook: MyOrtho Footcare Specialist
Telefon: Cheras:603 9131 4988
PJ: 603 7727 9989
Kota Kinabalu: 088 -727 131 

Labels: , , ,