Hotel Transylvania 2 Kelakar!

Salam dears,
Hari Ahad lepas Mama sekeluarga dah pergi tengok movie Hotel Transylvania 2 ni. Asalnya plan nak ke open day Proton. Tapi bila tengok bacaan IPU teruk sangat, terus tukar plan. Memandangkan si kembar 3 ni memang dok mintak nak tengok Hotel Transylvania 2, kita layankan je lah. Lagipun, diorang memang suka sangat Hotel Transylvania yang first dulu.



Dan tak rugi bawa diorang, pakat enjoy bergelak sakan dalam panggung, seronok tengok hehe. Banyak part yang kelakar, paling berdekah si kembar gelak bila baby Dennis (cucu dracula) tu sebut "bleh, bleh, bleh". Memang si kembar panggil cerita ni 'bleh bleh bleh 2' pun sebenarnya hahaha

Bila habis movie, si kembar tak nak keluar dulu. Nak tunggu dengar lagu ending credits sampai habis. Siap menari lagi tau hehe. Dan lepas tu dok ulang sebut "cerita ni best lah!". Bila ditanya kenapa best? Jawapannya "sebab kelakar". Part mana yang paling best? Jawapannya "bila baby dracula tu lawan lawan!". Hmmm boys, part lawan jugak yang diorang enjoy tengok :-)

Official trailer

Haaa kalau nak tengok cerita ni, elok lah tengok yang part 1 dulu. Sebab akan lebih faham ceritanya. Contohnya, macam mana plak si Mavis (anak dracula) boleh kahwin dengan Jonathan (manusia). Tapi, rasanya kalau tak tengok part 1 pun, masih boleh enjoy sebab..alahhh cerita kartun je pun kan hehe.

Labels: