Hadiah Untuk Anak Anak

Salam dears,
Semuanya bermula sejak kes Fauzi kena pukul kat sekolah dulu. Masa tu, bos Mama bagi hadiah pencil box kat Fauzi. Sebab kesian dan supaya Fauzi tak takut pergi sekolah katanya.

Tapi, Mama tak bagitau Fauzi macam tu, sebab fikir kalau kata dapat hadiah sebab kena pukul...macam tak elok ja. Kang si kembar ni fikir, kena pukul = akan dapat hadiah. Lagi satu masalah, pensil box tu ada satu je. Biasanya kalau bagi barang, mesti setiap seorang akan dapat. So jenuh fikir...apa alasan, pencil box ada satu ja??

Fikir punya fikir, Mama dapat idea untuk buat trick kata Fauzi dapat hadiah pencil box sebab tulisan dia cantik! Yup, memang betul pun masa tu tulisan dia yang paling cantik hehe. Pastu Mama kata, kalau Fahmi dan Faris nak pencil box baru, kenalah perbaiki tulisan agar cantik macam tulisan Fauzi.

Sejak tu, memang Fahmi dan Faris pun berusaha nak cantikkkan tulisan masing masing. Mula mula si Fahmi berjaya, daripada tulisan cakar ayam, jadi lebih kemas dan mudah dibaca. Ok lah untuk standard budak darjah 1☺ Fahmi minta nak pencil box Avengers. Mama dah belikan, nasib baik ada.

Sejak Fahmi dapat pencil box, Faris makin bersemangat tulis elok elok dan dia dah bagitau yang dia nak design Transfomers. Akhirnya, hari Sabtu lepas Faris dah berjaya dapatkannya sebab tulisan dia pun dah cantik. Bukan main happy lagi si Faris, siap melompat lompat suka tau hehe.

Happynya dia :-)

Pastu, tiga beradik ni semangat pakat posing suh Mama ambil gambar. Bangga dengan pencil box masing masing hehe

Mama pun rasa happy sangat, sebab trick aii berjaya, yahooo! Galakkan anak anak buat sesuatu, janjikan ganjaran/hadiah dan diorang berusaha untuk dapatkan hadiah tu. Bila anak anak berjaya capai target, bagilah hadiah tu seperti yang dijanjikan. Tak perlu benda yang mahal mahal pun. Macam pensil box ni lah, tak sampai 20 ringgit pun setiap satu, tapi berjaya motivate si kembar ni berusaha sampai berjaya. Good job my boys! ☺

Hmm...untuk peperiksaan akhir tahun ni, Mama dan janjikan si kembar ni hadiah pizza atau tengok wayang. Syaratnya, semua mesti lulus dan dapat sekurang kurangnya satu A! Kalau dua orang dapat A, sorang tak dapat, maka tak boleh dapat hadiah tu. So, ni lah umpan untuk periksa kali ni. Harap harap si kembar ni akan berjaya capai target, Amin...

Labels: , ,