Fikir Dulu Sebelum Berkongsi di Laman Sosial!

Salam dears,
Semalam Mama tak sempat nak tonton blogger Ben Ashaari di rancangan Feminin, TV1. Nasib baik blogger Saidila ada rekod dan upload di YouTube. Mama rasa terkesan lepas tonton, sebab topik yang dibincangkan tu sangat relevan iaitu isu 'Kongsi Aib di Laman Sosial'. Ni Mama kongsikan videonya kat sini.


Video: Kongsi Aib di Laman Sosial, Feminin, TV1

Betul kata Ben dan Dr. Rubiah tu kan. Sebelum menulis, niat kena betul! Kalau kita buat sesuatu dengan niat yang baik, InsyaAllah permulaan dan pengakhirannya pun baik. 

Kita juga kena sentiasa muhasabah diri dan sebelum berkongsi sesuatu, fikir dulu tentang kesannya. Jangan kerana kita tersilap tulis/update, sampai mengaibkan diri sendiri atau orang disekeliling kita. 

Bagi Mama bukan setakat apa yang kita tulis di blog/facebook kita sendiri je, tapi komen komen yang kita tinggalkan di laman sosial orang lain pun, biarlah yang elok elok. Sebab ianya boleh dibaca oleh sesiapa saja yang tengok page tu. 

Hmm sebab tu dalam berblog ni, Mama jarang nak bercerita tentang gossip artis ke tentang cerita sensasi orang lain yang kurang sesuai dikongsi. Biar Mama bercerita tentang diri dan keluarga Mama je. Itu pun, tapis laa tak perlu segala benda kita nak cerita kan kat semua orang kan? Dan bila menulis, sebolehnya gunalah bahasa yang baik baik saja. Tak perlu nak guna bahasa kasar atau memaki hamun dalam blog ke FB ke Twitter ke. 

Mama selalu ingatkan diri sendiri, apa yang Mama tulis hari ni, mungkin akan dibaca oleh anak anak Mama suatu hari nanti. Kalau lah Mama menulis dengan bahasa kasar ke mencarut ke dalam blog, apa agaknya anak anak akan fikir nanti? Malu laa wehhh

Hmm...I'm no angel. Mungkin Mama pernah dah tertulis sesuatu yang tak elok atau mengguris hati sesiapa. Kalau ada, mohon maafkan ye. Dan...doakan moga dijauhkan lah Mama dari tersilap langkah di laman sosial ni. Risau juga. Bak kata Dr. Rubiah "jangan jadikan jari penempah tiket ke neraka"...

Labels: