Citarasa Masakan Kampung di Ummiza Cafe

Salam dears,
Mama suka makan masakan ala kampung, lauk pauk Melayu lah orang kata. Nak masak sendiri, tak pandai. Nak balik kampung makan masakan emak, jauh lah pula. So selalu tercari cari kat mana lah nak dapatkan hidangan ala kampung yang rasanya asli dan seperti 'homecooked'. Dan kini Mama dah jumpa tempatnya di Ummiza Cafe! 


Hari Sabtu lepas Mama sekeluarga dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari telah menyerbu Ummiza Cafe. Mama dah sedia maklum yang Ummiza Cafe ni menyediakan masakan ala kampung. Excited punya pasal, dari pagi Mama dah 'simpan' perut, sarapan biskut cicah milo je. 

Dan ianya tak sia sia, sebab memang banyakkk sangat lauk pauk yang disediakan, lebih kurang 17 jenis hokey. Sebaik saja tengok barisan lauk yang dihidangkan, terus kecuq ayaq liuq dan rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu. Semua lauk favourite plak tu! Dan rasanya 'asli' gitu, memang kena dengan tekak Mama nih. Tapi lauk pauk ni semua akan berubah mengikut menu setiap hari lah ye. 


Lebih kurang 17 jenis lauk dihidangkan hari tu


Ayam masak merah

Sup cendawan

Keli berlado

Sambal udang & petai

Ayam masak kicap pedas

Gulai siput sedut

Gulai rebung

Sambal ikan bilis

Asam pedas


Gulai daging
Gulai ayam kampung
Ikan goreng
Ikan kembung berlada

Sayur kobis & karot goreng
Gulai pucuk ubi
Ulam ulaman

Sedappp!

Kuih muih pun ada. Donut sedap! Si kembar berulang makan

Ikut kata kawan kawan blogger yang sensitif dengan penambah perisa, diorang langsung tak ada rasa pening kepala lepas makan kat Ummiza Cafe ni. Untuk korang yang sensitif ni, tentu faham apa maksudnya tu kan?

Suasana kedai pun luas dan selesa. Paling penting, bersih! Ada beberapa orang rakan bloggers yang 'merayau' sampai ke dapur tau. Dan diorang melaporkan dapur tip top bersih!

Melihat khemah yang Ummiza Cafe siapkan khas untuk team KBBA hari tu, Mama rasa kalau nak buat jamuan makan makan kat situ pun sesuai gak tu. Siap boleh karaoke tau. Pastu ada tempat untuk 'putting' juga. Jadi geng kaki golf, syiok laa kalau datang sini.

Khemah yang dipasang khas untuk team KBBA


Luas dan selesa (pic dari team KBBA)

Seronok budak budak main kat sini

Pada hari tu, Ummiza Cafe juga telah sediakan kemudahan karaoke khas untuk team KBBA. Memang terbaiklah!


DJ untuk kami hari tu

Penyanyi undangan - blogger Boni Kacak hehe

Pic dari blogger Nina Mirza

Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari bersama pemilik Ummiza Cafe

Haaa Ummiza Cafe juga ambil tempahan katering untuk 300 orang kebawah contohnya majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun. Untuk tempahan boleh hubungi Puan Nor - 0196682069 atau Ain - 01110602569

Bersama pemilik Ummiza Cafe, muda muda lagi

Si kembar pun nak posing juga :-)

Hmmm Mama harap Ummiza Cafe akan kekalkan kesedapan hidangan makanan dan kebersihan restoran. InsyaAllah Mama sekeluarga pasti akan pergi lagi. Tak puas rasanya makan Ayam Masak Merah, Sup Cendawan dan Keli Berlada tu, sedapnya sampai hari ni masih teringat ingat. Ishhh kecuq ayaq liuq aihhhh!


Info Lanjut:
Alamat: Ummiza Cafe, No 229, Batu 29, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor.
Waktu operasi: 7 pagi hingga 3 petang, Isnin hingga Sabtu. 
Tutup: Ahad dan cuti umum.
Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan Nor - 0196682069
Ain - 01110602569 
Instagram: Ummiza Cafe

Labels: , , ,