Cara Hilangkan Bau Hapak Di Baju

Salam dears,
Mama selalu lambat sidai baju. Terutama kalau basuh baju masa hari kerja. Sebab balik kerja dah lewat. Sampai rumah je, biasanya Mama akan terus masukkan kain baju ke dalam mesin basuh, pastu pi buat kerja lain.

Kadang kadang terlupa baju dalam mesin tu. Tambah plak kalau temankan si kembar ni tidur, dengan Mama sekali terlelap sampai pagi huhu. Sudahnya, bangun pagi esoknyalah baru nak kelam kabut sidai.

Kain baju yang lembap tu, kalau dah semalaman tak disidai, memang akan ada bau hapak sikit kan? Tapi nak basuh balik, Mama tak berapa rajin lah (walaupun mesin yang basuh hehe). Lagipun, kalau diulang basuh, membazir air, rugi masa dan kain baju tu bertambah kedutnya nanti. 



Jadi, apa yang Mama buat untuk elakkan daripada baju berbau hapak ialah masa basuh tu Mama akan guna softener. Mama suka guna Daia yang Blooming Garden sebab bau bunga, soft & sweet. Dan bila dah sidai, Mama akan sembur Febreze kat kain baju tu. Kalau sidai baju dalam bilik, satu bilik Mama spray jugak, over! Hehehe. 

Haaa kat dalam almari baju pun sekali sekala Mama akan spray dengan Febreze juga. Setakat ni, ianya berkesan. Baju tak berbau hapak. Malah, wangi je semua, best! Tapi kalau baju yang dah sehari semalam tak disidai, atau bau hapak teruk sangat, then tak boleh nak buat apa dah. Basuh balik je lah ye...

Korang plak selalu buat macam mana untuk hilangkan bau hapak kat baju? Share lah petua kalau ada :-)


Labels: