Best ke Sudio Earphones?

Salam dears,
"Wow smartnya!". Itulah yang terlintas difikiran masa pertama kali Mama tengok website Sudio Sweden ni. Serius, memang terus terpikat dengan rekabentuk earphonenya yang nampak sangat stylish dan elegan. Dalam dilema jugalah masa tu, nak memilih yang mana satu. Dan akhirnya, Mama pilih....


Kotaknya pun dah smart dah



Apa ada dalam kotak?

VASA- Rose Gold White. Sesuai untuk androids.

Sebenarnyakan, masa mula mula dengar nama brand ni, Mama ingat kan Studio. Rupa rupanya Sudio, satu 'lifestyle brand' dari Sweden dan ibu pejabatnya terletak di Stockholm, Sweden. Sudio menghasilkan earphones yang bukan saja mempunyai 'studio quality sound', tetapi juga design yang elegan dan bergaya. Dan nama Sudio ni diambil sempena sebuah lagu Phil Collins yang bertajuk 'Sussudio'. 

Ada 4 pilihan warna untuk Sudio VASA. Tapi Mama pilih Rose Gold White, sebab Mama rasa yang ini nampak stylish & ladylike gitu ;-)

Setelah 2 minggu Mama menggunakannya, Mama sangat berpuas hati dengan Sudio VASA pilihan hatiku ini. Memang best! Kualiti bunyi yang bagus, jelas, takdak pecah pecah, 'very crisp and smooth' omputih kata.

Syiok je pasang earphones ni dan layan lagu sambil update entry kat handphone. Si kembar pun selalu sibuk nak tumpang dengar, walaupun kongsi dengar sorang sebelah je hehe


Menyibuk nak pakai earphohe jugak. Sharing is caring ;-)

Yang paling Mama suka ialah ada 'control button' kat tali earphone tu untuk pause lagu, atau kuatkan/perlahankan volume. Jadi tak perlu nak terkocoh kocoh hidupkan skrin dan cari lagu tu kat handphone. Tekan je button pause kat earphone. Mudah! 

Nampak tak tiga buttons tu? Tekan tu je untuk pause lagu, atau kuatkan/perlahankan volume

Mama cukup tak suka ear plugs yang skit skit nak terjatuh, terkeluar dari telinga masa dok pakai. Tak tahu nak terangkan macam mana, tapi kalau korang biasa pakai earphones, faham lah kot? 

Tapi dengan ear plugs dari Sudio ni, sangat selesa. Sebab ada 4 saiz berbeza untuk sarung ear plugs tau. Jadi boleh pilih laa ikut besar ke kecik ke lubang telinga tu. Dan sarung ear plugs tu jenis getah yang lembut, jadi muat elok dan 'lekat' kat telinga bila dipakai. Best!

Siap ada beg kulit yang comei hokey untuk simpan earphone ni, style!

Earphones VASA ni juga didatangkan dengan satu beg kulit kecil (pouch). Jadi senang nak simpan dalam handbag ke poket ke dan bawa kemana mana. Takde lah nak bersimpul simpul tali earphones tu kan. 

Asyik rasa nak belek je earphones ni, sebab cantik sangat!


Bagi Mama, Sudio VASA ni bukan sekadar earphones saja. Tapi boleh jadi macam aksesori, pelengkap gaya. Sebab designnya yang simple tapi elegan tu, nampak stylo jer bila pakai kan? 

L.O.V.E

Ada beberapa jenis lagi Sudio earphones iaitu Klang untuk iOS dan TVA yang sesuai untuk semua jenis smartphones dan tablets.




Produk Sudio ni dijual diseluruh dunia dengan penghantaran percuma untuk pembelian online. Kalau di Malaysia, nak beli kat kedai pun ada iaitu di Machines, Connect Store, Mac Studio dan EpiCentre. Boleh tengok kat senarai kat SINI.

Haaa khas untuk pembaca blog Mama, ada 15% diskaun bila beli dari website Sudio tau! Gunakan kod diskaun "mamakembar3". Sah sehingga 30 November 2015. So, check it out okeh ;-)


Website: www.sudiosweden.com
Instagram: @sudiosweden
Facebook: Sudio

Labels: ,