Nak Depan!

Salam dears,
Si kembar 3 ni kan selalu sangat nak berebut bergaduh, siapa dulu! Siapa depan! Masa nak keluar rumah, berebut siapa keluar dulu. Masa nak turun tangga, berebut lagi siapa jalan depan. Nak masuk atau keluar kereta pun, pakat berebut lagi, siapa masuk atau turun dulu.

Kalau berebut skit skit ok laa juga, ini boleh sampai bergaduh, pukul memukul, bertolak sesama sendiri sampai menangis meraung raung. Adoiii memang fenin kepala hoihhh!

Kadang tu Mama saja tanya diorang, yang asyik nak berebut siapa dulu ni apa yang korang dapat? Dapat duit ke? Dapat hadiah ke? Diorang buat dek, muka kering je pastu “Mama, Fauzi dulu tau!”. Tak dak kesan aii cakap apa hehehe

Ada juga Mama buat trick, siapa nak suruh Mama buka pintu kereta untuk dia masuk/turun dulu, sila bayar Mama duit. Satu kali buka pintu, sehinggit! Tapi ada diorang kesah? Pakat sengih macam kerang busuk pastu bising tolak tolak siapa nak masuk dulu *sigh*

Tengok laa tu, dah siap duduk beratur depan pintu sementara tunggu Mama & Ayah bersiap pagi tadi. Nasib baik senyum comei kan hehe

Hmm...Mama pun tak faham, kenapa yang diorang berebut ‘nak dulu, nak depan’ ni. Ntah apa yang diorang dapat pun Mama tak tahu. Mama selalu kata kat diorang, kalau dapat nombor satu dalam kelas ke, nombor satu masa bersukan ke, baru lah bagus sebab dapat gak hadiah. Ini? Hmmm..ntah lah... Layan kan je laa perangai dak tecik 3 orang ni hehe.

Labels: ,