Thursday, September 3, 2015

Mulut Manis

Salam dears,
Mama rasa kan, anak anak kesayangan Mama tiga orang ni jenis yang 'mulut manis' atau 'sweet talker' betul lah. Ada je benda benda yang boleh buat Mama rasa alalahaii...cairrrr...

Contohnya kan, hari tu Fahmi cakap nanti besar dia nak beli handphone Boboiboy. Sambil cakap tu dia dok tengok Ayah main game. So Mama ni dalam hati memang dah ready dah nak membebel, tak payah laa beli handphone kalau takat nak main game ja! 

Tapikan, tiba tiba si Fahmi cakap "nanti ada handphone, Fahmi nak telefon Mama", sambil bagi senyuman semanis gula. Alahaiii...cairrr terus raksaksa gorgon ni aii tell u hehehe. 

Semalam plak, Mama dok cuba nak mix & match kan blouse dengan tudung. Bila dah jumpa yang rasa cam sesuai, saja tunjuk kat Ayah tanya ok ke tak combination tu. Masa tu si Fauzi pun ada. Ayah nya jawapan simple je "ok". 

Tapi si Fauzi, dengan penuh semangat jawab "cantik Mama! cantik sangat!", sambil kepala terhangguk hangguk dan tangan tunjuk 'good'. Terus Mama rasa cam hokey...esok aku pakai ni! Pastu pi iron baju sambil tersengih sengih. Dan pagi esoknya pakai baju dengan penuh keyakinan, sebab anak kata lawa. Walaupun sebenarnya lawa ke tidak, aii dunno hahaha

Si Faris plak, selalu sangat dia kalau tak nampak Mama kat depan mata je, mesti bertanya "Mama...where are you?". Selagi Mama tak jawab, selagi tu laa dok jerit tanya, atau terus bangun mencari Mama. 

Bila dah jumpa, dan Mama tanya kenapa cari Mama? Jawapannya mudah je "Sebab Faris sayang Mama" atau "Faris rindu Mama". Nak lagi manis macam gula, dia datang peluk cium jugak. Alahai...camna tak dalam hati ada taman bila anak buat camtu kan? Buat aii senyum sampai telinga tau :-)


Syukran ya Allah, atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai ini, Alhamdulillah.

10 comments:

  1. memang manis melenting mcm gula ni mama..hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh mestilah cair. mahu tak cair hehhehe

    ReplyDelete
  3. kalau anak saya macam ni, saya pun cairrrr~ alahai~ melting habis!!

    ReplyDelete
  4. yg mcm ala kembar 2 ni pun sama kak... kdg2 geram kdg2 nak tergelak..

    ReplyDelete
  5. Allahu.alhamdulillah..sebak PC mama..ermm..

    ReplyDelete
  6. Cair hati mak mendengar anak2 cakap macam tu... hehehe.. bagus si hensem bertiga ni...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Syukur dapat anak yg pandai ambil hati ibu camni :)

    ReplyDelete
  8. soooo suwit...
    memang mengambil ati betul la kembar ber3 ni.
    luluh hati mama nyer :)

    ReplyDelete