Wednesday, September 30, 2015

Kerana Selimut Pun Gaduh?

Salam dears,
Mama terbaca berita kat MyMetro, tentang suami dipukul oleh isteri. Mula baca sebab nak tahu macam mana lah suami ni boleh kena pukul ngan isterinya plak, kena belasah teruk ke sampai masuk berita?

Rupa rupanya...hmmm...bermula dari bergaduh berebutkan selimut ja. Dan....isteri tu pukul suami guna penyangkut baju plastik. Aduhai....kerana berebut selimut pun boleh jadi gaduh? Dan...macam rasa ehhh isteri pukul guna hanger, si suami tak mampu pertahankan diri ke camna? Kalau korang nak tahu berita penuh, boleh baca kat SINI

Hmm macam macam hal zaman skarang ni kan? Tapi nak komen lebih pun, kita tak berada ditempat diorang, kita tak tahu apa keadaan dan perasaan mereka masa tu kan. 

Mungkin dah memang jodoh tak panjang. Dan benda sekecil berebut selimut pun, boleh jadi penyebab sampai bercerai. Kita yang melihat ni, cubalah ambil ikhtibar daripada pengalaman orang lain.

Hmm...perkahwinan memang bukan sesuatu yang mudah. Kahwin best, ada family best. Tapi, nak kekalkan perkahwinan tu kena ada usaha. You have to work at it, omputih kata hehe. Tapi, insyaAllah berbaloi baloi. Jadi, sentiasa berusaha dan berdoa moga jodoh kekal selamanya, Aminn :-)

4 comments:

  1. betul.. nak maintain bukan senang kalau tanpa bantuan kedua-dua belah pihak.

    ReplyDelete
  2. Perkahwinan satu perkongsian dan perjuangan..

    ReplyDelete
  3. sama-sama kita usaha kekalkan perkahwinan. selalu buat kejutan macam masa bercinta dulu-dulu. :)

    ReplyDelete
  4. kena sabar...
    kena tenang...
    kawin senang but nak maintain bahagia tu yg sukar :)

    ReplyDelete