Monday, September 7, 2015

Cara Berpakaian dan Penampilan Mesti Ikut T.O.P!

Salam dears,
Penampilan diri adalah perkara yang sangat penting. Terutama sekali apabila kali pertama kita bertemu seseorang. Sebelum kita kenal peribadi & hati budinya, kita tentu tak akan dapat lari daripada menilai orang tersebut melalui penampilannya kan? Bak kata omputih "first impression is the last impression".

Tapi bila bercakap bab imej dan penampilan ni, bukan perkara mudah. Kadang tu kita tak tau gaya macam mana yang betul betul sesuai dengan diri kita. Ye lah, mungkin dimata kita nampak cantik, tapi sebenarnya orang lain tengok macam 'ehhh tak sesuainyaaa skirt tu dengan ko nokss'. 

Mama sendiri selalu risau dan tak yakin dengan penampilan sendiri sebab tak tau apa yang sesuai dipakai. Sebab tu lah, bila dapat peluang untuk hadiri bengkel 'Style Workshop by Wawa Idris with Kelab Blogger Ben Ashaari' ni, Mama rasa teruja sangat. Finally, Mama dapat belajar daripada orang yang pakar, yayyy!



Sampai je terus selfie dulu dengan @wawaidris_imejpatik yang manis anggun bergaya ni. She's so pretty lahhhh


Seriously, bengkel Pn Wawa ni best, sangat sangat best! Langsung tak boring dan banyak sangat ilmu dan tips yang Mama dapat - cara berpakaian & penampilan diri, apa fesyen yang sesuai ikut personaliti dan bentuk badan, 'dress code', 'focal point' dan banyak lagi lah. Kalau nak ceritakan semua kat blog, ada yang kena buat mini-series nya entry ni hahaha. 

Penuh bersemangat Pn Wawa, sampai kita yang dengar ni pun kusyuk tumpu perhatian tau.

Haaa meh nak kongsikan skit ilmu yang Mama dapat ngan korang. First of all, Pn Wawa kata kita mesti belajar untuk sayangi diri sendiri dan S.E.L.F.I.E dulu...iaitu....


Pn. Wawa juga kata imej ni sebenarnya lebih daripada sekadar penampilan & pemakaian kita saja. Tetapi imej ialah A.B.C!

Apprearance (keterampilan)
Behavior (kelakuan)
Communication (komunikasi)

Kenapa kelakuan dan komunikasi penting dalam pembentukan imej kita? Sebab mengikut kajian, 93% daripada imej yang kita pamerkan sebenarnya adalah 'non-verbal'. Contohnya perwatakan kita, cara kita senyum, eye contact dan intonasi suara semasa bercakap. Orang akan mula membentuk imej kita dalam minda diorang, dalam masa minit pertama kita bertemu tu. Jadi, kita mesti jaga A, B dan C, hokey? 

Hmm pernah tak korang, bila nak pergi mana mana je, dok termenung depan almari sambil pikir "baju apa laa aku nak pakai ni?". Haaa mesti pernah kan? Pn. Wawa bagi tips, ikut je T.O.P untuk memilih pakaian yang sesuai. Ehhh apa itu T.O.P?

T = Time (masa contohnya siang, malam atau petang?)
O = Occasion (majlis contohnya formal atau santai?)
P = Place (tempat contohnya outdoor atau indoor, hotel atau kedai mamak?)

Contohnya kan, kalau nak pergi majlis makan malam kat hotel 5-star, jangan laa dok pakai seluar jeans koyak dengan selipar jepun plak tau hehe. Pilih laa pakaian ikut kesesuaian masa, majlis dan tempat, hokey? 

On the spot Pn Wawa buat style check, dup dap dup dap jantung & peluh tiak kitorang semua time ni kot hahaha. Nasib baik lah Mama lulus, yahooo! hehe


Ni diantara stail kasut lelaki. Pn Wawa kata untuk lelaki bekerjaya, mesti ada sekurang kurangnya sepasang Oxford Shoe tu. Sebab itu kasut yang paling sesuai untuk majlis formal. Nak pakai pi interview pun cun tu. 

Haaa Pn Wawa kata, untuk dapatkan imej & stail yang anggun & kacak bergaya, tak perlu nak berbelanja beli pakaian mahal mahal. Yang penting, pakaian tu sesuai dengan personaliti & bentuk badan kita. Dan lagi best kalau koleksi pakaian kita adalah yang boleh 'mix & match', jadi tak perlu bazir duit beli terlalu banyak baju. Mix & match kan je ikut kesesuain T.O.P.

Diantara soal selidik untuk bantu kita kenali diri & stail yang sesuai dengan personaliti kita. Mama berpesonaliti 'classic' dan 'natural'. Maksudnya aii ni simple yet elegant gitu, chewahhh terus perasan stylo macam Kate Middleton hahaha ;-)

Aktiviti mix & match, tengok padanan pakaian tu sesuai ke tak. 

Ni hasil mix & match kumpulan Mama. Pn Wawa kata lulus! *lega*

Uishhh dah panjang plak Mama membebel. Meh nak summarize kan je lah diantara tips yang Pn Wawa bagi. Tapi yang Mama fokus ialah tips untuk orang berbadan besar debab bam bam cam aii lah yer ;-)

Orang berbadan besar:
- elakkan pakai 'color blocking', sebaiknya pilih pakaian yang 'monochromatic'. Maksudnya pakaian dari keluarga tona warna yang sama dari bawah sampai atas (contoh seluar kelabu gelap, blouse kelabu)
- warna warna gelap adalah lebih sesuai
- elakkan corak melintang, bulat dan corak corak yang terlalu besar. Seeloknya pakai yang corak menegak
- untuk wanita, pilih blouse dari material chiffon untuk nampak lebih slim. Chiffon jangan padankan dengan seluar denim, tak sesuai.
- kalau nak pakai skirt, yang jenis 'pencil skirt' lebih sesuai 
- guna teknik 'eye-up' dan 'focal point' untuk alihkan perhatian daripada bahagian yang jadi masalah. Contohnya, kalau bahagian peha & pinggul besar, pakai rantai dan tudung yang menarik sebagai 'focal point' dan alihkan pandangan orang agar fokus ke atas (tak pandang bahagian pinggang ke bawah).
- Kalau muka bulat dan bam bam macam aii ni, jangan pakai t-shirt kolar bulat. Seeloknya yang berbentuk v-neck atau t-shirt berkolar. Dan tudung, seeloknya yang ada 'awning', supaya muka nampak lebih panjang & slim.

Ok lah dah penat membebel dah hehe. Nah Mama tepek skit lagi gambar dari bengkel Style Workshop yang sangat ohsem itu...

Transformasi salah sorang client Pn Wawa. Daripada biasa biasa je terus jadi kebaboom meletops gittew

Ada sesi menari goyang goyang montot hokey. Aii pun berjoget gak tau hehehe

Diantara yang beruntung dapat hadiah cabutan bertuah Ratu Jannah dan Raja Jannah, blogger PCL, Najeeb, Mar dan AyuJean

Diantara hadiah untuk cabutan bertuah, semua best best! 
Terima kasih kepada para penaja :-)


Halwa telinga. Best suara @niknabilofficial ni, sorang artis yang bakal meletopss tak lama lagi, InsyaAllah


Keluarga #KelabBloggerBenAshaari yang kuat selfie wefie. Pantang nampak sorang pegang kamera, berduyun pakat mai menyelit hahaha

Kami yang beruntung dapat belajar dari yang terbaik. Terima kasih Wawa!

Terima kasih daun keladi juga kepada para penaja, lain kali taja lah lagi...ehhhh! Hehe. Produk anda semua best! Kuih siput tu dah licin dah pun, sedap!


Kalau korang nak tahu lebih banyak tips, Mama cadangkan korang pergi laa join workshop yang Pn Wawa Idris buat, InsyaAllah korang mesti enjoy & banyak belajar. Pastu, makin gorjes meletops laa gaya korang nanti ;-)

"STYLO WORKSHOP WAWA IDRIS WITH KELAB BLOGGER BEN ASHAARI"

@wawaidris_imejpatik

Website/ blog : imejpatik.wawaidris.com

Live Photo Update Exclusively by : 
@unclekayphotoworks *** .
Video by @kaiostudio

Sponsors:-
@ratu_jannah 
@kapt_jai
@salees_food
@mbh_medispa
@chemboja
#EyemasterOptometrist
#OptometristWan

Wawa Idris
Certified Image Consultant, Style Coach & Corporate 
Wow Attitude Wow Attire!


WOW Virtue Training & Image Consultant

Suite : 33-01, 33rd Floor

Menara keck Seng
203 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: +6019.236.3907 /  +603.2116.9619 
Fax: +603.2116.5999

Psttt...pada 7 November nanti Wawa akan menganjurkan seminar keusahawanan dan kebangkitan hero niaga, iaitu Seminar Superheroes. Kalau korang berminat nak jadi superhero dalam bidang perniagaan, contactlah Wawa untuk maklumat lanjut ye. Bestnyaaa kalau dapat join kan :-)

16 comments:

  1. Bestnya kelas ilmu ni..kdg2 kita pn hentam kromo je berpakaian

    ReplyDelete
  2. Sgt menarik ilmu ni. Sekurang2 nya dpt mmberi panduan kpd kita dlm menggayakan pakaian

    ReplyDelete
  3. wah best nya ..patut lah semua geng kbba kata best..next time ada lagi nak join lah..

    ReplyDelete
  4. Perkonsian yang menarik.. pasnie kembar 3 asik nampak mama kembar 3 bergaya sakan lah..hehe

    ReplyDelete
  5. This is interesting... selalu berpakaian "hentam aje" ... at least bila ada guideline mcmni kita boleh beringat2 bila berpakaian ... bermonochrome, berawning, berfocal point kan kan kan...

    ReplyDelete
  6. lepas ni pergi event kene pakai pakaian yang betul..

    ReplyDelete
  7. Boleh la nti tlg tukarkan imej pkaian sy. Hihi

    ReplyDelete
  8. oo kena pakai monochromatic rupenyer.. now no more pinks and bab blue sebab kena pakai baju colour gelap huhu

    ReplyDelete
  9. wahh..terujalahh tgk uols bersemangat attend class ni..mcm bestttt jerrr...mcm nak join jerrr...i rasa semua org mmg patut attend class ni..even suri rumah pun kena jaga penampilan..apatah lagi org bekerja..kesian tgk kekadang bila nmpk org punya mix n match...mmg betul2 dia mix n match pakai hentam keromo jerrr...err...ntah2 aii pun sama je hentam keromokk...

    ReplyDelete
  10. bestnya.. memang zero ilmu bab fesyen nie... simple2 n main terjah je. kekadang tgk org stylo mmg teringin tapi xpandai. huhu

    ReplyDelete
  11. Bengkel yang bagus. Sesuai orang macam ena ni join sebab tak reti langsung nak choose permakaian apa semua

    ReplyDelete
  12. Thnx mama kerana sudi hadiri kelas patik... patik suka..

    ReplyDelete
  13. Bestnya... Untung mama kembar dapat join.

    ReplyDelete