Salam dears,
Pada hari Ahad
24 Ogos yang lepas, Mama sekeluarga dan team Kelab Blogger Ben Ashaari telah
pergi ke Zoo Negara untuk sambut birthday Giant Panda yang super duper cute!
Punya lah
excitednya kitorang ni, awal awal pagi dah sampai. Pintu Zoo Negara belum bukak
pun lagi masa tu haha. So sementara menunggu tu haruslah posing dulu.
Sebenarnya Bloggers Day ni diadakan sempena menyambut hari jadi ke 9
panda Xing Xing dan Liang Liang. Zoo Negara, Cosmoderm, dan Food Panda telah
dengan murah hatinya menaja program ni dan memberi layanan yang sangat tip top untuk team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) hari tu.
Team KBBA
dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibawa melawat sekitar Zoo, siap ada
tour guide lagi tau. Ayah dan si kembar masuk kumpulan Hornbill, manakala Mama
kumpulan Panda. Tapi sebenarnya kitorang jalan sama sama je sepanjang
masa.
Mulanya Mama cam panik skit camna laa Ayah nak handle si kembar 3 ni sorang sorang kalau lain
kumpulan. Kalut pi tanya kat staff Zoo Negara tu. Agaknya dia tengok Mama cuak
sangat, dia kata “ok lah ‘Mama Panda’ boleh join anak anak dia”. Terus aii
dapat gelaran ‘Mama Panda’. Sesuai gitu ;-)
Mama Panda yang omei hahahah
Selepas
sedikit briefing daripada staff Zoo Negara, pit stop yang pertama kitorang
pergi ialah Butterfly Garden. Mama sebenarnya tak tau pun dalam Zoo ada
Butterfly Garden. Budak budak ngan mak pak budak semua excited tengok landskap
yang cantik dan rama-rama yang bebas berterbangan dalam tu. Ada yang jinak hinggap
atas kita juga tau.
Tenang ja
Jinak
Ni rama-rama paling rare skali
hahaha
Lepas Butterly Garden, kami dibawa ke Tunku Abdul Rahman Aquarium plak.
Ada bermacam macam jenis ikan kat situ. Tapi yang paling tak expect ada
ialah....
Penguin! Comel!
Besar besar ikannya
Dah puas
tengok ikan & penguin, kami ke ‘Show Amphitheatre’ plak untuk tengok ‘Multi
Animal Show’ yang best! Teruja tengok aksi comel haiwan haiwan yang sangat
bijak beraksi. Elok jaa ikut arahan trainer tau. Good job!
Dapat bergambar ngan panda ni pun dah suka dah
Sapa lagi hebat - Coco atau Ringgo?
Bijak & comel sangat sea lion ni. Lepas berjaya buat apa apa, dia tepuk tangan untuk diri sendiri, cute!
Dah settle
tengok show, perut pun dah lapar, kita pergi makan dulu! Makan tengah hari di
The Wild Cafe. Dapat naik tram yang dah direserved untuk team KBBA, rasa macam
VVIP tau hehe
Kami disajikan
dengan ayam goreng, burger & fries. Perghhh ayam goreng tu terbaik! Rangup
& juicy, tak terlalu masin atau spicy. Just nice. Rasa cam nak mintak
tambah je tapi aii malu hahaha
Masa
ni ada budak merajuk, cer teka siapa ;-)
Dah kenyang perut suka hati, kami dibawa ke Giant Panda Conservation Centre plak. Tapi itu nanti Mama cerita dalam next entry yer. Sebab panda itu begitu istimewa, kena ada special entry hehe.
Sebelum tu, meh nak tepek pics lain sekitar lawatan kami ke Zoo Negara...
Singa si raja rimba
Amboi kemain dia mengeliat
Zirafah yang berjalan lengok persis model catwalk
Badak sumbu besar gedabak!
Flamingo ni selamba je tak kisah orang kiri kanan
Ini budak yang cuak bila flamingo beterbangan. Lari tak cukup tanah ko hahahaha
Muzium lebah
Baru jumpa dah jadi BFF :-)
Senyuman manis sebab happy sangat tu
Nasib baik banyak tempat rehat, penat wehh jalan keliling zoo yang luas tu
Dah laa dapat layanan VIP melawat Zoo Negara, dapat plak door gift yang best ni daripada penaja. Thank u! U really made my day lah, muahhh ;-)
Harga tiket Zoo Negara.
Sekarang ada promosi beli tiket masuk melalui online, boleh dapat diskaun 10%. Promosi sah sehingga 16 September 2015. Beli di www.zoonegaramalaysia.com
Next entry crita tentang panda plak yer...