Skirt Untuk Badan Besar, Gempal atau Berisi

Salam dears,
Mama dah lama tak pakai skirt. Rasanya kali terakhir pakai skirt sebelum kahwin dulu kot, dah 11 tahun tu. Sebab Mama ni jenis yang cara berjalan agak 'kasar' skit, tak ayu langsung. Bila pakai skirt atau kain (e.g. kain baju kurung), rasa cam nak selak/senteng je masa berjalan hehe. Jadi Mama lebih selesa pakai seluar. 

Lagi satu sebab utama Mama tak pakai skirt ialah bentuk badan aii yang comel montel gempal ini, pinggul & peha besar. Kalau tak silap Mama, badan bentuk 'pear' namanya. Selalu rasa macam akan nampak lagi besar & lebar bila pakai skirt. Bak kata Ayah, nampak 'kembang' *nangesss*

Jenis-jenis bentuk badan untuk perempuan (source). Klik kat gambar untuk besarkan.

Tapikan, kebelakangan ni rasa teringin sangat nak pakai skirt. Asyik tengok orang pakai nampak lawa je. Jadi Mama pun tanyalah pakcik Google, skirt jenis macam mana yang sesuai untuk perempuan berbadan besar / gempal / berisi. 

Diantara bentuk/jenis skirt.

Rata rata artikel yang Mama baca, cadangkan untuk pakai skirt A-line atau skirt duyung. Tapi kalau pakai skirt duyung, padankan dengan baju/blouse yang labuh skit. Sebab kalau tak nanti nampak menonjol sangat bahagian punggung & peha yang montel itu hehe.

Skirt A-line 
(pics from Google)

Skirt Renda Duyung
Skirt duyung
(pics from Google)


Diantara tips lain termasuklah:
Dan akhirnya, ini lah skirt yang Mama beli...

Skirt duyung. Ok tak?

Mama pilih kaler hitam sebab senang nak padankan dengan baju color apa pun. Maklumlah, skirt ada sehelai saja kan hehe. Pastukan, masa first time pakai tu, rasa macam nak jatuh tergolek pun ada sebab tak biasa kena jalan penuh kesopanan dan keayuaan hahaha ;-)

Labels: , ,