Salam dears,
Haaa ini lah yang ditunggu semasa Bloggers Day di Zoo Negara, nak tengok Giant Panda! Tapi betapa teruja pun, kena cuba kawal diri tau.
Sebab nak masuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (atau bak kata si kembar 'rumah panda') tu, kena diam tak leh bising. Takut panda tu terkejut agaknya. Dan ambik gambar pun tak boleh guna flash. Juga tak boleh bawa masuk stroller sebab dalam tu kena melalui satu jambatan kecil, jadi sempit laluan kalau bawa stroller. Ibu bapa diingatkan untuk pantau anak anak setiap masa.
Pusat Konservasi Panda tu dibina menyerupai habitat asalnya, siap ada air terjun dalam tu. Cantik, sejuk dan nyaman je. Rasa macam nak menumpang dok dalam tu jugak je hehehe. Haaa si kembar 3 ni kata panda tu King. Bila ditanya kenapa, kembar jawab "sebab panda ada rumah sendiri, rumah dia cantik. Jadi panda tu king lah". Senang je logik budak budak kan :-)
Opkos kena posing dulu
Sebelum masuk, kami dengar sedikit penerangan tentang panda. Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi (Liang Liang) ni dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. Kiranya Fu Wa dan Feng Yi ni adalah simbolik hubungan diplomatik diantara China dan Malaysia lah ni.
Satu fakta menarik ialah di China, tahi panda ni digunkan untuk menghasilkan kertas tau. Sebab makanan utama panda ialah buluh, jadi 'hasil buangan' panda ni boleh laa digunakan. Pelik tapi benar.
Kek Panda ni salah satu makanan yang dibuat khas untuk Fu Wa dan Feng Yi. Nak resepi? Sila pm Zoo Negara yer. Aii dunno hehe
Si Fu Wa a.k.a Xing Xing yang sangatlah comei! Kalau dapat peluk peluk dia mesti best nih

Cian papa panda ni peluk kayu tu jer. Meh sini peluk aii mehh...aii pun gebus cam u jugak tau ;-)

Makan kek birthday dia tak pandang kiri kanan dah, berselera sangat lah tu. Tak hajak kita pun. Selamat hari jadi yang ke-9 Fu Wa!
Masa kitorang pergi tu, Feng Yi bini si Fu Wa ni ngan baby panda takdak. Dalam pantang, kena kuarantin selama 2 bulan. Mesti comel sangat sangat baby panda tu kan. Hmmm rasa cam nanti nak kena datang lagi ni. Nak tengok baby panda. Kot kot boleh ambik family photo panda plak kan, bestnya!
Ohh ya, Zoo Negara tengah ada promosi diskaun 10% harga tiket masuk untuk belian melalui online. Beli kat website www.zoonegaramalaysia.com. Promosi sah sehingga 16 September 2015. Cepat cepat jommmm ke Zoo Negara, yayyy!
Hehe.,kena pegi tunggu feng yi habis pantanglah..mana tau boleh jumpa baby sekali..
ReplyDeletepanda oh panda..syok sangat tinggal ngan panda..rumahnya yang sejuk..hehe
ReplyDeletepoo-poo panda buat kertas? first time tahu ni.. huhu..
ReplyDeleteResepi Cheesecake Oreo di sini
Alamak... geram la tengok panda2 ni...mcm teddy bear
ReplyDeleteAlahai... Sooo cute! Mkn kek x ajak org share, ek? Hehehehe. :-)
ReplyDeletemcm nak bwk anak2 la before 16sept :)
ReplyDelete