Rutin Setiap Malam

Salam dears,
Masa Mama blogwalking ke blog kak Shuhaida, baca entry dia tentang rutinnya sebelum tidur malam. Terus terpikir ehhh sama lah kita! Setiap malam mesti nak peluk cium anak anak dulu sebelum tidur. Dan Mama dah dok terbayang dah, betapa tak keruannya nanti bila si kembar 3 ni dah besar, dah masuk universiti, 'keluar' dari rumah ni dan tinggal jauh dari Mama. 

Hmm...kembar...membesar sama sama, dan mungkin akan 'keluar' rumah pun pada masa yang sama. Daripada rumah yang riuh rendah sentiasa, tiba tiba sunyi sepi. Konpem aii nangesss nanti nih huhuhu. Tapi nak buat camna, itulah realiti yang perlu dihadapi kan? Ehhh dah termelalut ke lain plak dah. Sebenarnya nak coretkan kat sini, apa rutin kitorang setiap malam sebelum tidur. Buat kenang kenangan gittew...

Sejak kecil, Mama & Ayah dah latih si kembar 3 ni untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari. Masa kecil dulu, waktu tidur ialah 9.30 malam. Tapi sekarang sebab dah sekolah dan perlu peruntukkan masa untuk buat homework, si kembar akan tidur pada jam 10.30 malam.

Rutin setiap malam, especially hari sekolah ialah pukul 8.30 kena buat homework atau belajar. Jumaat malam, hujung minggu atau waktu cuti je ada kelonggaran skit. Biasanya Ayah yang akan jadi cikgu mengajar diorang sebab Mama sibuk dengan kerja rumah. Dalam pukul 9.30 atau 10, siap buat homework baru boleh tengok TV sekejap. 

Selalunya dalam pukul 10.15 camtu Mama dah start bunyi siren "pergi kencing, pergi gosok gigi...pergi kencing, pergi gosok gigi!", berulang kali pekik macam kaset rosak hahaha. Dah settle tu, Mama akan start pekik plak "nak group hug! nak group hug! Mehh sini mana group hug saya??". Pastu datang laa dak tecik 3 orang tu peluk peluk, dan pakat laa tadah pipi untuk kiss kiss. Owhhh heaven sungguh bila dapat peluk cium anak anak camtu :-)

LOVE

Dah settle rutin group hug + kiss kiss tu, baru masuk bilik & si kembar 3 ni mesti nak mintak teman untuk bacakan surah Al-Fatihah, baca beramai ramai. Pastu kalau ok, Mama/Ayah boleh laa keluar tinggal diorang tidur bertiga je. 

Tapi kalau datang mood nak bermanja mengada ngada, ada laa dak tecik yang memujuk rayu "Mama teman laa kita, tidur laa dengan kita, kita takut...kita rindu"...atau pujukan yang seangkatan dengannya lah. Silap silap semua pakat kerumun tidur rapat rapat, peluk kaki, peluk tangan Mama. Abih tu camna Mama nya ni tak terbabas tidur sekali sampai pagi? Memang tak siap lah semua kerja yang dirancang nak buat.

Takpa lah, for now Mama layankan je lah bila diorang buat manja camtu. Sementara diorang masih nak Mama teman, Mama akan temankan. Cherish every moment. Kang dah besar nanti silap silap tepek signboard "No entry. Enter at your own risk!" kat pintu bilik baru padan muka aii kannn hahaha.

Hmmm disebabkan rutin tiap malam ni lah, Mama rasa berat sangat nak berjauhan dengan si kembar 3 ni. Sehari semalam tak peluk & kiss kiss anak, rasa macam tak lengkap je hidup ni, chewahhh. Masa nak ikut company trip ke China hari tu, memang sepanjang perjalanan dok ingat nak balik. Dalam flight tu siap ada terdetik rasa menyesal ikut trip, pastu dok ingat "nak balik...nak balik..lenkali aku tamau pi dah!" pun ada hahaha.

Tapi nasib baik, sepanjang kat China tu ada macam macam aktiviti & ramai geng, so Mama enjoy dan tak lah homesick sangat. Taapiiii...bila nak tidur malam tu mula laa syahdu sorang sorang ingat anak anak..pastu buka handphone tengok gambar anak anak baru boleh lena. Drama betullah mak budak sorang ni hahaha. Ehhh ntah ntah korang pun sama macam aii tak? Hati tisu! hahahaha ;-)

Labels: ,