Produk Kecantikan Yang Berkesan Dalam 3 Minit dan Selamat Dimakan!

Salam dears,
Pernah dengar tak produk kecantikan yang selamat tanpa bahan kimia, sehingga boleh dimakan? Macam pelik kan, tapi produk sebegitu dah pun berada di pasaran iaitu Estofa Glow.
Haaa tengok tu, boleh dimakan hokey!

Estofa Glow ni diperbuat daripada bahan bahan yang dikategorikan sebagai 'food grade products'. Paling best, bahan utamanya ialah serbuk coklat! Sangat sesuai untuk pencinta coklat seperti saya hehe. Bahan bahan lain termasuklah krimer bukan tenusu, ekstrak malt, ekstrak hoodia, ekstrak kacang ginjal putih, ekstrak garcinia, ekstrak rumpai laut, madu asli dan aqua.

Tanpa bahan kimia, dijamin selamat

Estofa Glow sesuai untuk semua jenis kulit dan berkesan untuk menghilangkan jerawat, jeragat dan parut, serta memutihkan dan menegangkan kulit. Kulit akan bertambah berseri dan glowing.
Mama dah cuba pakai Estofa Glow, memang best dan rasanya pun sedap! Yup, Mama dah makan Estofa Glow ni jugak hehe. Pakai selama 3-5 minit saja dah boleh nampak kesannya tau. Tepek lapisan nipis je kat muka, pastu pi lah buat kerja rumah ke tengok TV ke. Lepas tu bilas dengan air, dan rasailah perbezaannya.

Ni kulit fresh lepas pakai Estofa Glow, tiada krim, bedak atau make-up

Tapi kalau nak pakai semalaman pun boleh, sebab ianya tiada kesan mengelupas dan tidak menipiskan kulit. Mama biasa biarkan semalaman. Lepas tu bangun pagi, bilas muka, terasa kulit sedap je. Rasa tegang tapi tak kering, lembut dan gebu gebas. Best!
Hmm selalunya produk kecantikan atau masker, tidak boleh dipakai di bahagian bawah mata kan? Tapi untuk Estofa Glow ni, memang digalakkan pakai di area mata untuk hilangkan lingkaran hitam (eyebags). Part ni yang buat Mama paling bersemangat guna Estofa Glow, sebab eyebags Mama memang agak teruk huhu
Selain daripada tu, Estofa Glow juga boleh digunakan untuk legakan ruam dikulit bayi dan kesan gigitan nyamuk, eczema, hilangkan hitam kat leher masa mengandung. Dan ada pelanggan yang bagi maklumbalas mengatakan makan sesudu Estofa Glow boleh kurangkan sakit senggugut. Haaa menarik kan, hanya satu produk, tapi pelbagai kegunaan.

Estofa Glow dan sample Estofa Wash. Sebagai permulaan, pakai selama 7 hari berturut turut. Lepas tu boleh selang seli. Jadi sebotol tu boleh tahan lama. Berbaloi baloi.

Kagum dengan kesungguhan Pn Ezza dan En Fendi yang berusaha menghasilkan produk kecantikan yang berkesan dan selamat digunakan. Bak kata En Fendi dan Pn Ezza, diaorang rasa puas hati dapat bantu orang dan dapat testimoni positif daripada pelanggan produk ni. 
Sekarang ni ada promosi, untuk pembelian 5000 botol yang terawal boleh beli Estofa Glow pada harga RM90 saja sebotol (harga biasa RM140). Dannn...boleh dapat sebotol sample Estofa Wash juga.
Pembelian hanya boleh dibuat melalui online saja ye. Boleh tengok kat facebook Estofa Glow Official atau whatsapp 019-294 4799. Ohhh yaaa, pelanggan yang menggunakan Estofa Glow ni, jika ikut terma dan syarat, berpeluang untuk memenangi peraduan melancong samada ke Krabi, Bali, Jakarta, Bangkok atau China. 
Nak tahu maklumat lanjut, tengok di facebook Estofa Glow Official atau instagram Estofa Glow.

Labels: , , ,