Salam dears,
Sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudiaan tiada gunanya...
Mesti ramai yang dah biasa dengar & setuju dengan pepatah tu kan? Tapi berapa ramai yang betul betul sediakan 'payung' sebelum hujan tu? Bagi Mama, insurans ni lah salah satu 'payung' yang kita kena sediakan awal awal. Sebab 'hujan' tu boleh datang pada bila bila masa saja.
Dah beberapa kali sepanjang Mama bekerja dalam bidang Human Resource (HR) ni, Mama dapat tahu tentang kes staff yang meninggal dunia dan tinggalkan anak anak yang masih kecil. Isteri/suami kadang tu tak bekerja dan keluarga diorang bergantung pada pendapatan seorang saja. Single income household omputih kata.
Jadi bila seorang dah tiada, memang pada awalnya agak terumbang ambing dan perit untuk yang ditinggalkan tu nak teruskan menyara kehidupan dan anak anak. Kalau ada insurans, sekurang kurangnya ada lah sikit simpanan yang dapat dijadikan 'safety net' sementara nak dapat berdiri diatas kaki sendiri semula kan?
Sebenarnya, insurans ni bukan untuk kepentingan diri kita sendiri sangat pun. Tapi demi anak anak & keluarga yang akan ditinggalkan/menjaga kita sekiranya terjadi apa apa pada diri kita kelak.
Walaupun syarikat tempat Mama bekerja ada sediakan 'Group Insurance', Mama tetap dah ambil sendiri insurans nyawa. Tak nak terlalu bergantung kepada company saja. Sebab tiada jaminan company akan terus bayar insurans untuk kita kan? Buatnya company alami masalah kewangan, company gulung tikar...atau kita sendiri tukar kerja, camna?
Dan kini, Mama Ayah dah ambil juga insurans untuk si kembar 3. Ambil pelan Takaful Saver, sebab disamping perlindungan insurans, ianya juga adalah investment dalam Prudential BSN Takaful. Dapatlah jadi simpanan untuk masa hadapan. InsyaAllah bila ada rezeki lebih nanti, Mama akan add-on dan ambil medical card pula untuk si kembar 3 ni.
Mama tertarik dengan Prudential BSN Takaful sebab ada feature 'contributor', yang mana jika terjadi apa-apa risiko (kematian, lumpuh/cacat kekal, & sakit kritikal) pada pembayar kepada anak tu, polisi akan menjadi free. Maksudnya perlindungan insurans ini akan diberikan secara percuma kepada anak sampai umur 25 tahun. Bagus kan?
Pastu, ada Takaful Education Plan, yang mana bila anak anak cemerlang dalam peperiksaan, PruBSN akan bagi ganjaran kat anak tu. Dan bila anak berumur 19 atau 20 tahun, cash value dalam akaun PruBSN dia tu boleh guna untuk pendidikan dia. Sekurang kurangnya, tak perlu lah nak pening pening pikir mana nak cekau duit banyak bila anak nak masuk universiti nanti kan.
Hmm...sebenarnya, masa muda muda lah elok ambil insurans. Siapkan bajet bulan bulan & buat potongan gaji atau direct debit dari bank supaya tak terlupa bayar. Ambil yang premium paling murah sebagai permulaan pun tak apa. Yang penting, kita yakin akan mampu mencarum setiap bulan. Lebih baik ada perlindungan insurans daripada tak ada langsung kan? Bila dah ada bajet lebih, boleh tambah ambik pakej yang lebih baik.
Buah hati pengarang jantung ku. Mama harap dapat sediakan 'payung' demi masa depan mereka.
Setahu Mama, plan Takaful RM50 paling murah untuk insurans nyawa tanpa medical card, dan RM100 paling murah untuk insurans nyawa + medical card. Err kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang pelan insurans Takaful ni semua, sila jangan tanya Mama, aii bukan agen insurans hahaha. Tapi korang boleh contact blogger Wan Mohd Zulqhairi di 013-5190233 (sms/call/whatsapp). Atau nama manjanya Que ;-)
Tanya lah apa korang nak tanya kat dia. Pastu bagitau je apa coverage yang korang nak (medical, life, saving etc) dan berapa bajet korang. Nanti dia akan bagi sebut harga & details tentang pelan tu.
Mama suka deal dengan dia sebab dia jenis yang tak memaksa. Dia akan cadangkan, pastu kita sendiri buat keputusan apa yang kita nak. Senang & selesa camtu. Pastu kan, bulan Ogos ni dia bagi 25% diskaun untuk first premium, untung wehhh. Ni details si Que ni yer:
Wan Mohd Zulqhairi bin Wan Hasan
Takaful Wealth Planner
Prudential BSN Takaful
Instagram: @qeryhasan
Labels: advertorial, rants and ravings, review