Mudah Gembira

Salam dears,
Kadang kadang benda yang simple pun dah boleh buat kita rasa gembira kan? Contohnya bila ada benda atau pakaian baru, walaupun benda tu murah je. Tak perlu yang harga ribu riban untuk buat kita rasa teruja dan bahagia memilikinya. Janji, benda tu memang benda yang kita nak sangat sangat, betul tak? 

Hari ni Mama bangun pagi dengan penuh rasa gumbira, sebab hari ni Jumaat (yay yay esok cuti!) dannn....
Dapat pakai tudung Aidijuma design camera pojaan hatiku ini, yayyy!

Dah lama Mama dok tunggu design ni keluar. Pergi ke concept store Aidijuma, dah habis huhu. Asalnya tudung ni harga RM10.00 saja, tapi kalau beli kat reseller, biasanya RM15 dan keatas. Bila  tambah kos pos, hmmm buat Mama fikir berkali kali jugalah nak order. 

Tapi, atas kegigihan aii mengskodeng online shop kat Instagram, berjaya jumpa seller yang dekat ngan ofis Ayah. Haaa boleh laa jimat kat kos pos kan. Terus laju laju order, bayar dan mintak Ayah tolong pi ambik. 

Petang semalam Ayah ambik, pagi ni aii terus melaram, yahooo! Thank you Ayah sudi melayan bini mu yang macam budak budak ni nak jugak jugak tudung gambar camera je pun hahahaha. Well, dah mamarazzi, kena laa ada tudung gambar camera kan hehe

Hmm best tau jadi orang yang tak high maintenance, tak kisah benda mahal ke murah. Dapat tudung 15 hinggit pun dah rasa nak joget joget, senyum sampai telinga ;-)

Labels: , , ,