Menyepi

Salam dears,
Fuhhh dah beberapa hari juga Mama tak update blog kan. Minggu lepas badan tak berapa sihat, demam batuk selsema dan idea nak menulis pun macam kelaut skit. Takat update instagram je. Hujung minggu plak, asyik keluar berjalan sampai blog sendiri pun tak jenguk.

Sejak minggu lepas lagi sebenarnya, hujung minggu (Sabtu Ahad) tak lekat kat umah. Ada je jemputan ke rumah terbuka. Masih musim raya kan. Mama suka pergi open house ni, syiok dapat makan makanan sedap sedap & jumpa kawan kawan. Ada kawan lama yang dah berbelas tahun tak jumpa & ada juga baru pertama kali bersua dengan kawan kawan yang selama ni hanya kenal di alam maya saja. Best :-)

Tapi kan, disebabkan dah dua minggu berturut turut weekend asyik keluar berjalan je, kerja umah tak sempat buat abih huhu. Kain baju menimbun, lantai tak vacuum etc etc. Maklumlah, Mama kan bekerja & tak dak maid, jadi selalunya operasi mengemas tunggu hujung minggu baru dapat buat habis habisan.

So hari ni Mama saja ambik cuti, dok umah buat kerja umah. Dari awal pagi tadi operasi mengemas sampai petang ni baru lah dapat berhenti rehat jap. Ntah brapa round basuh baju, basuh cadar, selimut ngan tuala semua lah. Pastu vacuum satu rumah, cuci tingkap, cuci toilet, lipat kain baju. Hoihh penattt!

Hmm cuti...tapi bukan cuti-duduk-goyang-kaki nya cuti. Working holiday gitu. Esok dah kena masuk ofis keja plak. Aii fenat lorr huhu. Nanti nak suh si kembar 3 urut aii lah, sian Mama penat tau hehe ;-)

Saja tepek pic dak 3 orang ni, kot kot ada yang rindu ;-)

Labels: