Kantoi!

Salam dears,
Mama tak berapa suka makan kurma. Tapi masa bulan puasa yang lepas sekali sekala Mama paksa juga si kembar 3 ni makan kurma. Siap bagi ‘ceramah’ kat diorang kurma sedap, kena makan kurma, bagus untuk kesihatan laa etc etc. Tapikan, tak habis juga kurma yang dibeli. Ada laa tinggal sepeket lagi, Mama simpan kunun nak habiskan lah. Takkan nak buang plak kan.

Tiba tiba je semalam si Fahmi nampak & tanya Mama “Kenapa Mama tak habiskan kurma ni?”. Mama yang masa tu tengah dok sibuk basuh pinggan tanpa pikir panjang spontan jawab “Mama tak suka makan kurma”. Terus Fahmi kata “Tapi hari tu Mama suruh kita makan kurma. Ni kenapa Mama tak makan ni???”.

Pastu kan, boleh plak si Faris ngan Fauzi pun menyampuk pot pet pot pet sesama sendiri kutuk Mama “apa laa Mama ni, hari tu dia suruh kita makan, ni dia tanak makan. Apa laa Mama ni...apa laa...”.

Terus Mama macam opppsss kantoi! Aiyooo pecah tembelang aii hari tu paksa anak makan kurma, tapi diri sendiri tak nak makan. Hahahaha *malu*. Nak cover line, Mama kata laa “ohh tu sebab kurma tu dah lama, dah tak sedap sebab tu Mama tak suka”. Nasib baik diorang pun ok terima alasan Mama tu. Fuhhh lega hahaha *lap peluh*

Hmm macam ni laa bila anak anak dah makin bijak. Kena sentiasa berhati hati dengan apa yang dikata, sebab anak anak ni ingat tau. Jangan sampai menjerat diri sendiri macam aii kena tu hahaha ;-)

3 budak bijak ;-)

Labels: ,