Ganti Baru Je Lah...

Salam dears,
Mama tak tau lah samada kitorang ni jenis tak cermat jaga barang, atau memang normal bila baru setengah tahun, pakaian dan kasut sekolah dah buruk keadaannya.

Kasut dah koyak, seluar koyak, baju lusuh, comot dan tak lagi putih berseri. Mungkin juga sebab Mama tak rajin tonyoh ngan tangan kot. Basuh dalam mesin je. Tapi rasanya mungkin ni normal kot untuk budak budak darjah 1? Budak kan, asyik melasak main tak kisah baju kotor ke comot ke kan.

Camna boleh koyak kat lutut tu pun tak tau lah


Lusuh & dah siap kena conteng ngan pen lagi, padahal ni baju yang baru beli sebelum bulan puasa hari tu tau huhuhu

Sian tengok diorang pakai kasut koyak, baju lusuh, Mama Ayah decide beli je laa yang baru sorang sepasang. Tapi beli yang murah murah ja. Kasut beli kat satu kedai kat Sg Besi, sepasang RM28.90 tapi ada promosi beli 3 pasang RM75. Ok laa kan, tak lah mahal sangat.

Baju pun beli baru lagi sorang sehelai, Kat Hari Hari RM14.90 sehelai. Sebenarnya sebelum puasa hari tu dah beli sorang 2 helai. Ni tambah stok je lah. Beli skit skit tak terasa sangat.

Rasanya nak masuk darjah 2 tahun depan, akan kena beli baru lagi kot baju & kasut tu. Tapi mungkin tak payah ganti semua barang baru. Dan boleh beli skit skit. Yang mana masih elok, kita pakai je dulu.

Hmm bagi Mama, tak nak berkira sangat dalam membeli baju & kasut sekolah anak anak untuk ganti yang dah rosak/lusuh tu. Sebabnya bila difikirkan, kadang kadang sekali makan lunch kat ofis tu pun dah dekat RM10. Tu untuk sekali makan je. Baju anak 15 hinggit sehelai, nak pakai berbulan bulan so berbaloi sangat lah. Lagipun, tak sampai hati tengok baju anak lusuh sangat. Kalau mampu, beli je laa yang baru kan? :-)

Labels: ,