Salam dears,
Hari Sabtu lepas Mama ikut adik Mama ke GM Klang, dia nak cari cadar patchwork.
Orang kata kat sana murah. Mama ni kalau bab ajak pi shopping, ok...on saja
hehe. Tapi dalam hati “aku tak beli apa apa kot”, sebabnya bab membeli cadar Mama
tak minat sangat. Bagi Mama, cadar ada 2 set dah cukup untuk
basuh-tukar-basuh-tukar dah.
Kitorang pergi tu dah agak lewat, dalam pukul 5.30 petang sampai sana. Kedai kedai kat GM Klang tutup kul 7 malam. So masa tak banyak, dan hanya sempat jalan kat satu
tingkat je, tingkat 4. Tapi dalam
masa sejam lebih tu pun, sempat merembat menghabiskan duit huhu. Sebabnya,
dalam tak dak apa nak beli tu, aii telah terrrbeli karpet patchwork!
Diantara corak yang ada. Masa tu Mama tak teringat nak snap pics banyak banyak.
Sebelum ni Mama tak pernah tau pun wujudnya karpet patchwork ni. Tapi
bila tengok kat GM Klang, macam ehhh terbekenan laa pula. Sebab material tak
tebal sangat, jenis cotton dan tak panas. Pastu senang nak basuh, boleh masuk
dalam mesin basuh je ni dan InsyaAllah cepat kering. Ini penting untuk orang yang
ada anak kecik yang selalu bagi tumpah makanan/minuman kat karpet kan, kan?
Alaa sebenarnya karpet printed patchwork ni ala ala toto je pun, tapi
nipis sikit dan bahagian bawahnya kasar berbiji halus untuk bagi karpet tu tak
bergerak gerak. Ehhh aii tatau laa camna nak describe, tapi korang faham laa
kot kan?
Mama beli yang ni, feeling munger munger
Sedap je golek golek
Ada budak sibuk nak posing ngan karpet baru hehe
Selain daripada karpet patchwork tu, Mama beli gak lapik kaki sebab murah RM10.00 je sekeping. Kalau beli 5 keping RM50 & dapat free 1 keping. So kongsi kongsi laa ngan adik Mama membeli. Adik Mama beli juga cadar 1 set dan runner panjang yang nak buat lapik kaki boleh, nak buat table runner pun boleh. Meh nak tanyang pics....
Ni set cadar saiz queen, ada 4 sarung bantal & 1 bolstercase. Dapat harga borong RM130.00 sebab beli barang lain juga dari kedai tu. Kalau beli satu je, harganya RM145 kalau tak silap.
Toto adik Mama beli ni RM160, saiz queen. Besar & tebal elok je.
Yang panjang tu runner, RM35.00 lepas diskaun.
Yang kecik tu lapik kaki. Gambar rumah comel je kan?
Hmm kalau korang jenis yang suka cadar patchwork ni semua, boleh laa
pergi tengok kat GM Klang tu. Mama yang tak minat sangat ni pun boleh rambang
mata tengok design yang lawa lawa comei comei, kalau korang? Siap bawak duit
banyak banyak je laa yer hehe.
Haaa parking kat sana cuma RM1.00 saja. Korang nak bershopping
dari kedai buka sampai kedai tutup pun silakan lah, parking murah kan hehe.
Mama? InsyaAllah akan pergi lagi, pasni nak shopping kain baju plak kat situ.
Adik Mama kata kat sana memang ada macam macam barang, banyak pilihan
dan harga berbaloi baloi kalau beli borong. Ishhh tak sabar nak pi shopping
lagi ;-)







Saya pun nak cari gak...tp rasanya kat Kenanga Whosale RM100 aja utk cadar
ReplyDeletememang murah la..berbaloi beli.=D
ReplyDeleteDalam tak nak beli apa apa tu kan sempat jugak rembat ye kak. Heheh :D
ReplyDeletehai mama...yaya dah follow mama..harap sudi untuk follow yaya :)
ReplyDeletewww.yayacendana.com
Memang rambang mata...biasanya peniaga akan beli barang cara borong di gm klang ni..berbaloi..PC pernah pergi sekali..ikut kawan cari blouse..hihi..
ReplyDeletekalau SA pun confirm rambang mata ni...
ReplyDeleteGm klang memnag tempat shoping murah..ehhehe
ReplyDeleteCantiknya kak karpetnya. ni rasa nak mai hujung minggu ni. nak beli barang bilik
ReplyDeletekalau pergi mase weekdays lagi murah. beza banyak gak harga dari weekend.
ReplyDeleteCantiknya....tk pernah lg pegi GM klang..
ReplyDeleteselalu pernah pergi GM KL..dekat klang belum lg..in sya Allah satu hari..
ReplyDeleteKenanga Lebih murah berbanding gm klang... saya baru beli cadar di sana...
ReplyDelete