Mama Kembar 3 di TV Al-Hijrah Esok!

Salam dears,
Sejak melahirkan kembar 3 dan sejak berblog ni, macam macam peluang dan rezeki yang tak terjangka Mama dapat. Sebelum ni dah beberapa kali kami berpeluang muncul dalam Majalah Pa&Ma. Si kembar 3 pernah jadi penghias kulit, kami sekeluarga masuk ruangan 'Famili' edisi pertama Pa&Ma Genius, dan Mama juga dijemput sebagai penulis jemputan 'Diari Blogger'. Sungguh, benda yang tak pernah jangka akan dapat buat tau, Alhamdulillah.

Dan baru baru ni, lagi satu rezeki Allah bagi, dapat jemputan untuk muncul di kaca TV pula. Masa mula mula dapat e-mel daripada krew TV AL-Hijrah, Mama macam tak percaya saja. Siap tanya Ayah ni prank ke apa ni? hahaha! Nasib baik Ayah suruh jawab email tu untuk dapatkan maklumat lanjut. Alhamdulillah, yup betul, Mama Kembar 3 dijemput untuk muncul di program 'Masam Masam Manis', satu program baru di TV AL-Hijrah! 

Bila dah confirm dengan TV Al-Hijrah, seriously aii nervous tahap gaban! Walaupun dah diberitahu bahawa ni rakaman saja, bukan siaran langsung, Mama tetap ketaq lutut peluh tiak hahaha. Sampai beberapa kali juga timbul rasa macam ehhh nak cancel je la, aii takut hoihhh!

Ye laa...mana pernah beraksi depan kamera. Nervous sangat sampai tanya Ben Ashaari, sebab dia kan dah biasa muncul di TV. Ben kata just relax & jangan risau krew TV AL-Hijrah cool & baik baik je. Kalau silap cakap pun diorang tak marah & boleh reshoot hehehe. Pagi sebelum ke studio tu pun kawan kawan #KelabBloggerBenAshaari bagi sokongan moral juga, lega skit rasa.

Masam Masam Manis, TV Al-Hijrah, setiap Khamis jam 11.30 pagi

Sebenarnya beberapa hari sebelum shooting, krew TV Al-Hijrah ada bagitau apa topiknya so Mama bolehlah cuba bayangkan apa soalan yang akan ditanya & apa pula jawapan Mama. Siap points skit lah kan. Tapi kan....on the day itself semasa shooting tu, Mama rasa Mama cakap ntah apa apa je! Berterabur bercampur campur cakap Bahasa Malaysia & English. Pastu lain ditanya, lain dijawab pun ada huhuhu.

Sebabnya, si kembar 3 ni tak duduk diam! Diorang teruja sangat dapat masuk studio, tengok kamera & nampak muka sendiri kat TV! Even masa shooting, kamera tengah rolling tu diorang boleh kejap bangun kejap duduk, pegang pegang mike, tarik tarik bean bag yang ada kat situ. 

Pastu kan, ada satu masa tu tiba tiba je si Fahmi ni dengan selambanya cakap "lamanyaaa! bila nak balik ni?". Huwarrghhh Mama yang tengah menjawab soalan masa tu, terus berterabur idea apa yang nak cakap huhuhu *nangissss*. Harap harap diorang boleh edit & cut lah part tu.

Adehhh...satu pengalaman berharga yang masam masam manis betul lah, sesuai sangat dengan nama program tu juga 'Masam Masam Manis'! hehehe ;-)

Mengintai dari pintu je sebab rakaman sedang berlangsung

Krew TV Al-Hijrah paling muda ke ni? hehe

Menyibuk ;-)

Touch-up skit bagi encem hehe

Mama sekeluarga berterima kasih sangat sangat kepada TV Al-Hijrah, Pn. Nora, pengacara Mas Muharni & Muniff Isa, juru mekap, serta semua krew program Masam Masam Manis. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Terima kasih atas layanan mesra & kesabaran semua krew dengan kerenah kami sekeluarga. Korang memang terbaik!

Haaa...korang jangan lupa tonton Mama merapu meraban dalam program Masam Masam Manis di TV Al-Hijrah esok, Khamis 2 Julai 2015, pada jam 11.30 pagi tau *lari nyorok belakang pintu, malu!*

Labels: , , ,