Jangan Tanya!

Salam dears,
Bila gambar ni melintas ni timeline Facebook Mama, terus terasa hmmm...saya setuju! Soalan soalan macam ni, lebih baik tak perlu ditanya. Kerana ianya mungkin sensitif, benda yang sangat personal bagi sesetengah orang. 

Kredit Imuslimshop.com

Elakkan lah tanya soalan soalan camtu yer. Tambah plak kalau jumpa pun setahun sekali, tak tahu orang tu dah berusaha macam mana. Tak tahu apa agaknya cabaran yang orang tu dah hadapi, tup tup tanya soalan cepu mas macam kat atas tu. Sedangkan, mungkin dia baru beberapa bulan keguguran, atau baru je putus cinta, tak ke sedih jadinya?

Mama sendiri pernah jadi penerima soalan soalan macam tu. Ye laa...kitorang ni lambat dapat anak, 4 tahun menunggu. Masa mood baik, Mama senyum & jawab dengan sopan "belum ada rezeki". Tapi ada juga masa mood sentap, jawab kasar skit...tapi masih dengan senyuman terukir di bibir lah hehe.

Hmm...sebenarnya, sampai sekarang dah ada anak kembar 3 ni pun masih juga dok dapat soalan soalan cepumas macam ni. Tiga orang ni je ke? Tak nak tambah lagi ke? Kembar dah besar dah ni, dah boleh tambah adik dah ni. Dan antara yang paling win, "you belum ada anak perempuan, kena mengandung lagi ni dapatkan anak perempuan pula".

Adehhh...ingat mengandung, nak dapat anak ni semua senang macam pi beli ikan kat market ka? Boleh pilih pilih bila nak mengandung, nak anak jantina apa, anak berapa orang etc etc? Sabarrrr je lah! Haisshhh....

Labels: