Gigi Tumbuh Bertindih!

Salam dears,
Minggu lepas, si Fahmi mengadu sebatang giginya goyang. Gigi yang paling depan, bahagian bawah. Mama dah agak mungkin sebab gigi kekal nak tumbuh. Tup tup keesokan petangnya, sebaik saja jemput si kembar 3 dari taska, diorang pakat kecoh bagitau gigi Fahmi ada dua! Ada dua? Macam mana tu? Rupa-rupanya....

Gigi dia tumbuh bertindih! 

Gigi susu si kembar 3 ni boleh dikatakan cantik, elok & kuatlah juga. Mungkin sebab tu agaknya gigi susu tu tak tercabut walaupun gigi kekal dah tumbuh. Risau juga Mama kot kot nanti gigi kekal tu naik tak cantik, kot nanti senget camtu kan. Jadi hari Sabtu lepas kitorang bawalah jumpa doktor gigi.

Alhamdulillah doktor kata gigi kekal tu masih boleh naik cantik & elok susunannya. Doktor terus cabut gigi susu dan pesan kat Fahmi supaya tolak tolak gigi kekal yang sedang tumbuh guna lidah agar gigi akan kedepan dan penuhi ruang yang kosong tu. Masa cabut gigi tu, Fahmi tak nangis pun. Bagus betul, bangga Mamanya ni hehe. Tapi si Faris & Fauzi plak yang kecoh "takut...takut" sambil buat aksi gedik mengada ngada hehehe.

Lepas tu doktor bagitau yang gigi sebelah tu pun dah mula goyang, dah ada tanda tanda nak tumbuh gigi kekal lagi satu. Doktor pesan supaya Fahmi selalu goyang goyangkan je gigi susu tu supaya mudah tercabut sendiri nanti. Kata doktor, umur 6-7 tahun ni memang dah sampai masa dah untuk tumbuh gigi kekal ni. 

Gigi susu. Ada 20 batang.
(source

Gigi kekal.
(source)

Alang alang dah ada kat situ, Mama minta doktor tolong check gigi Faris dan Fauzi juga. Rupa rupanya gigi kekal diorang dah mula tumbuh dah pun! Adehhh Mama sendiri tak sedar, sebab langsung takdak tanda tanda demam ke, tak ngadu sakit gigi ke apa pun.

Gigi geraham Faris dah tumbuh 3 (2 atas, 1 bawah) dan gigi geraham Fauzi dah tumbuh 2 (bahagian bawah). Hmm lepas ni kena pantau betul betul. Bak kata doktor, gigi susu kalau tak cantik, takpa lagi. Tapi gigi kekal, itu kena jaga betul betul! Dah tak ada ganti dah nanti.

Jadi anak anak....ingat pesanan doktor tau, mesti gosok gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari. Kalau gigi cantik, senyuman pun bertambah manis, kan? hehe

Labels: ,