Monday, July 13, 2015

Bufet Ramadhan Burger Bakar Kaw-Kaw Ampang Memang Oh-Sem!

Salam dears,
Dah akhir akhir Ramadan ni, rasa macam nak cari sesuatu menu yang lain dari yang lain pula untuk berbuka. Nak masak sendiri, dah tak ada idea. Nak beli kat bazaar ramadhan pun, pusing punya pusing, benda sama juga yang dibeli. 

Jadi malam semalam Mama sekeluarga pergi berbuka puasa di Burger Bakar Kaw-Kaw Ampang Waterfront. Mama guna voucher dari Ensogo, Bufet Ramadhanku Oh-Sem ni hanya RM37.00 saja untuk seorang dewasa dan RM23.00 untuk seorang kanak-kanak. Kalau tak, harga biasanya RM45.00 untuk dewasa dan RM28.00 untuk kanak-kanak.

Dan...dan...yang paling Mama suka, kanak-kanak umur 7 tahun & ke bawah boleh makan secara percuma! Dah laa jimat sebab beli voucher diskaun di Ensogo, pastu budak budak ni dapat makan free plak tu. Saya suka! Saya suka! *joget*joget*

Pilihan menunya ada macam macam, memang berbaloi lah.
Klik pada gambar untuk besarkan.

Orang ramai. Sebelum datang, baik korang buat tempahan dulu tau.




Muka keletihan je sementara tunggu waktu berbuka hehe


Dah dapat makan, happy kemain lagi, sebab sedappp!
Si kembar bagi '3 thumbs up!'


Grilled Chicken ni memang oh-sem! Cukup rasa *drooling*

Phillycheese Steak & Tacos, yummy!

Semerbak bau masa tengah grill ni, buat perut berkeroncong hehe


Daging bakar. Tapi masa Mama pi tu, dalam pukul 8 malam baru ada.


Daging bakar + sos lada hitam = oh-sem! ;-)

Kalau tak nak makanan Western, nasi & lauk pauk pun ada.


Ayam goreng kunyit, mee goreng, gulai kawah & sup sayur.

Roti boom pun ada

Hidangan pencuci mulut


Suka si kembar 3 ni dapat ulang alik ambik air ni, semua perasa diorang cuba hehe. Nescafe ais pun ada, dan sedappp!

Semalam Mama tak rasa pun nasi, lauk pauk & mee, sebab dok pulun makan hidangan Western. Si kembar pun sama, pakat pulun burger & hot dog sampai 2, 3 biji sorang. Berulang kali dok cakap sedapnya...sedapnya! Pastu, ajak datang lagi esok hehehe

Secara keseluruhannya, Mama suka dan rasa berbaloi makan Bufet Ramadhanku Oh-Sem di Burger Bakar Kaw Kaw Ampang Waterfront ni. Makanan sedap dan tempatnya pun selesa. Dan ada live music, yang lagu lagunya sedap didengar. Jadi 'happening' terus restoran tu. Best!

Sedap suaranya kan?

Haaa Bufet Ramadhanku Oh-Sem ni akan berlangsung sehingga 16 Julai 2015 ni, jadi sempat lagi untuk korang terjah. Nak jimat, boleh beli voucher kat Ensogo, klik SINI. Voucher tu boleh digunakan setiap Isnin-Jumaat dan Ahad, jam 6 petang-9 malam.

InsyaAllah, ada rezeki kitorang akan pergi lagi ke restoran Burger Bakar Kaw Kaw Ampang Waterfront. Harap harap lepas ni ada laa lagi voucher diskaun kat Ensogo, jimat skit ;-)

Facebook: Burger Bakar
Alamat: No. 46, Jalan AFW 3, Ampang Waterfront, 56000 Ampang, Selangor
Tel: 03-42855534 / 017-325 0244 (Zul) / 012-627 6547 (Nita)

22 comments:

  1. Murah ye kak nani RM37 ajeeeee wowwwwwwww...syok sungguh tgk menunya semua rare tau...ini yg kita nak kelainan...kalau makan kt hotel selalu jemu sebab balik2 juadah rasa lebih kurang je

    ReplyDelete
  2. Tengok burger, philly cheese & tacos rasa nak gi sekarang gak!!!!!! Nasib baik jauh phewwww :D

    ReplyDelete
  3. ni dah penghujung ramadhan ni, tahap kerajinan memasak tu memang dah surut dah...ha ha ha, bolehlah cuba-cuba ke sini pula...

    ReplyDelete
  4. menarik!
    thn ni aida x gi buffet ramadhan mana2 pun.

    ReplyDelete
  5. alamak..dah last minute baru tau kewujudan biffet ramdhan ni..ruginyaaa....

    ReplyDelete
  6. Nyum nyum sedapnya! Berkeroncong baca masa siang hari ni. Hehe

    ReplyDelete
  7. Oh Sem sangat ni Sis. Hahaha ..dah rasa lapauuu Tahap Gaban ni! aduyaiiii....

    ReplyDelete
  8. Jimat banyakkkkkk makanan pun nampak sodap!

    ReplyDelete
  9. Perrhghhh dulu blogger ajak buat rebiew kat sini tp ada hal x leh join

    ReplyDelete
  10. Pasti sedapp.. tapi sy kurg makan brger. Heheh

    ReplyDelete
  11. Mak aihhh... Terliur... 1 day mesti pergi Insyaa Allah. Terima kasih Nani. Akak baru tahu tempatnya tu di sini.

    ReplyDelete
  12. Uihhh... nmpak sedap sangat...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya...

    One day.. one day.. tunguuuuu aku dtg..

    ReplyDelete
  14. Aduh.. Terliur tgok daging bakar tu

    ReplyDelete
  15. wahhhhh...!!! macam2 ada yerrr....lama tak makan burger bakar....

    ReplyDelete
  16. Alright . another place that must visit . Haha

    ReplyDelete
  17. waaaa.... bestnya. Nampak sedap plak tu. Yummy.

    ReplyDelete
  18. wahhh murahnya..
    makanan pun menyelerakan

    ReplyDelete
  19. Kenapa sangat meriah.....best nyer la hai......harga pun berbaloi...

    ReplyDelete
  20. Memang nampak kaw2 sume makanan yg dihidangkan!
    BTW, Selamat Hari Raya Saya ucapkan buat tuan blog :)

    ReplyDelete