Bufet Ramadhan Burger Bakar Kaw-Kaw Ampang Memang Oh-Sem!

Salam dears,
Dah akhir akhir Ramadan ni, rasa macam nak cari sesuatu menu yang lain dari yang lain pula untuk berbuka. Nak masak sendiri, dah tak ada idea. Nak beli kat bazaar ramadhan pun, pusing punya pusing, benda sama juga yang dibeli. 

Jadi malam semalam Mama sekeluarga pergi berbuka puasa di Burger Bakar Kaw-Kaw Ampang Waterfront. Mama guna voucher dari Ensogo, Bufet Ramadhanku Oh-Sem ni hanya RM37.00 saja untuk seorang dewasa dan RM23.00 untuk seorang kanak-kanak. Kalau tak, harga biasanya RM45.00 untuk dewasa dan RM28.00 untuk kanak-kanak.

Dan...dan...yang paling Mama suka, kanak-kanak umur 7 tahun & ke bawah boleh makan secara percuma! Dah laa jimat sebab beli voucher diskaun di Ensogo, pastu budak budak ni dapat makan free plak tu. Saya suka! Saya suka! *joget*joget*

Pilihan menunya ada macam macam, memang berbaloi lah.
Klik pada gambar untuk besarkan.

Orang ramai. Sebelum datang, baik korang buat tempahan dulu tau.




Muka keletihan je sementara tunggu waktu berbuka hehe


Dah dapat makan, happy kemain lagi, sebab sedappp!
Si kembar bagi '3 thumbs up!'


Grilled Chicken ni memang oh-sem! Cukup rasa *drooling*

Phillycheese Steak & Tacos, yummy!

Semerbak bau masa tengah grill ni, buat perut berkeroncong hehe


Daging bakar. Tapi masa Mama pi tu, dalam pukul 8 malam baru ada.


Daging bakar + sos lada hitam = oh-sem! ;-)

Kalau tak nak makanan Western, nasi & lauk pauk pun ada.


Ayam goreng kunyit, mee goreng, gulai kawah & sup sayur.

Roti boom pun ada

Hidangan pencuci mulut


Suka si kembar 3 ni dapat ulang alik ambik air ni, semua perasa diorang cuba hehe. Nescafe ais pun ada, dan sedappp!

Semalam Mama tak rasa pun nasi, lauk pauk & mee, sebab dok pulun makan hidangan Western. Si kembar pun sama, pakat pulun burger & hot dog sampai 2, 3 biji sorang. Berulang kali dok cakap sedapnya...sedapnya! Pastu, ajak datang lagi esok hehehe

Secara keseluruhannya, Mama suka dan rasa berbaloi makan Bufet Ramadhanku Oh-Sem di Burger Bakar Kaw Kaw Ampang Waterfront ni. Makanan sedap dan tempatnya pun selesa. Dan ada live music, yang lagu lagunya sedap didengar. Jadi 'happening' terus restoran tu. Best!

Sedap suaranya kan?

Haaa Bufet Ramadhanku Oh-Sem ni akan berlangsung sehingga 16 Julai 2015 ni, jadi sempat lagi untuk korang terjah. Nak jimat, boleh beli voucher kat Ensogo, klik SINI. Voucher tu boleh digunakan setiap Isnin-Jumaat dan Ahad, jam 6 petang-9 malam.

InsyaAllah, ada rezeki kitorang akan pergi lagi ke restoran Burger Bakar Kaw Kaw Ampang Waterfront. Harap harap lepas ni ada laa lagi voucher diskaun kat Ensogo, jimat skit ;-)

Facebook: Burger Bakar
Alamat: No. 46, Jalan AFW 3, Ampang Waterfront, 56000 Ampang, Selangor
Tel: 03-42855534 / 017-325 0244 (Zul) / 012-627 6547 (Nita)

Labels: , ,