Tempat Menarik di Pulau Pinang: Bukit Bendera

Salam dears,
Sempena cuti sekolah ni, pada 1 Jun lepas Mama sekeluarga sempat naik ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Saja lah nak bawa anak anak jalan jalan. Mama pun teringin nak ke sana, sebab kali terakhir pergi sebelum ni masa Mama sekolah rendah dulu kot. Lamaaaa dah tu hehe. 

Lagi pun, kalau sebut tempat menarik di Pulau Pinang, tentu sekali Bukit Bendera masuk dalam senarai must-visit, betul tak? Dah alang alang berada di utara masa tu, jom ler kita ke Bukit Bendera ;-)

Alhamdulillah masa kitorang pergi tu cuaca elok, cerah & memang sesuai laa untuk bergambar. Rasa sejuk nyaman je kat atas tu. Tak lah sejuk sampai kena pakai baju sejuk, omputih kata just nice lah. Masa tu Mama siap pikir bestnya laa hai kalau satu Malaysia cuaca sejuk camtu hahaha. Anyways, meh nak tayang gambar je lah....


Selamat datang ke Bukit Bendera :-)

Harga tiket pergi balik (dengan MyKad): 
- Dewasa RM10.00
- Kanak-kanak & Warga Emas RM4.00

Laju juga tren ni - 4th Generation Furnicular Train.

Seronok sangat si kembar 3 dapat naik furnicular train ni.
Pengalaman yang menarik untuk anak anak :-)

Si Fauzi teruja sangat dapat jumpa maskot Tupai sampai terus peluk tau! 
Pastu berkali kali nak salam hehehe

Berkembang mekar bunga bunga kat sini & pemandangan pun cantik.
Tambah plak dengan cuaca yang sejuk nyaman tu, rasa macam kat oversea plak hehe

I love flowers!

Posing jom!

Love this pic :-)

We love Penang Hill

Si Fahmi je yang semangat nak posing kat sini

Sewa satu buggy tu RM30 untuk 30 minit. Kitorang naik satu buggy 7 orang.
Masa buggy ride tu pemandunya akan bawa ke tempat yang cantik untuk bergambar, sambil terangkan serba sedikit tentang Bukit Bendera ni.  Anak anak pun enjoy dapat pengalaman naik buggy.

Sibuk nak naik buaian ni

Mama & sons :-)

Diantara aktiviti yang ada di Bukit Bendera

Makan tengah hari di Bukit Bendera ni bagi Mama harga biasalah untuk tempat pelancongan. Mama makan Nasi Goreng Ikan Masin RM5.00 dan Ais Kacang RM5.00. Memang sedappp! Ais kacang tu 'meriah' banyak kacang, jagung, jelly & aiskrim 1 scoop, memang puas makan.

Kami dah naik Bukit Bendera! :-)

InsyaAllah, ada rezeki lain kali nak pergi lagi ke Penang Hill ni. Sebab aii suka cuaca sejuk-tapi-tak-sejuk-beku camtu, boleh? hehehe


Untuk maklumat lanjut:
Website: http://penanghill.gov.my/
Facebook: Penang Hill
Email : info@penanghill.gov.my

Penang Hill Corporation
Jalan Stesen Bukit Bendera, Ayer Itam
11500 Pulau Pinang.
Tel: 04-8288880 Fax: 04-8288862


Labels: