Telur Goreng Lebih Enak Dengan Planta!

Salam dears,
Telur goreng memang salah satu makanan kegemaran Mama sekeluarga. Sebab telur goreng bukan saja berkhasiat dan mudah dimasak, tapi juga sesuai dimakan dengan pelbagai jenis hidangan. Telur goreng makan dengan nasi lemak boleh, nasi putih boleh, mee, bihun, kuey teow, makan dengan roti buat egg banjo, ehhh makan begitu sahaja pun sedappp!

Baru-baru ni, ada berita tergempar mengatakan bahawa ada seorang jutawan yang ingin mengambil hak cipta resipi telur goreng. Uissshhh… terkejut Mama dibuatnya. Tapi Mama dengar dalam berita surat khabar rupanya resipi yang digilai jutawan tu adalah resipi #telurgorengplanta. Tak salah Mama baru-baru ni ada satu event anjuran Planta yang memberi pendedahan tentang resipi #telurgorengplanta yang sedap amat ni. 

Bila dah asyik sebut-sebut, Mama pun teringin nak masakkan untuk si manja Mama. Sebenarnya memang Mama selalu masak telur goreng menggunakan Planta di rumah. 

Untuk bagi telur goreng lagi sedap, Mama selalu goreng guna Planta. Sebab bila goreng telur dengan Planta, rasanya lebih enak – aroma Planta tu pun akan terasa. Memang ada 'umphhh' gitu hehe

Telur goreng Planta juga lebih garing, kurang berminyak dan warnanya cantik je. Aromanya pun lebih memikat selera. Kadang tu Mama baru je tumis planta dalam kuali, si kembar dah sibuk cakap "sedapnya bau! Mama masak apa ni?". Pastu pakat tak sabar nak makan. Haha…

Sekarang mari Mama tunjukkan cara-caranya:

Pertama, panaskan kuali dan masukkan sesudu Planta ke dalam kuali yang telah panas.

Sesudu Planta untuk sebiji telur

Masa ni naik bau harum semerbak memikat selera betullah

Kemudian masukkan telur ke dalam kuali. Kalau nak pastikan telur kuning tu tak pecah dan cantik, pecahkan telur ke dalam mangkuk dahulu, ya.

Kemudian, goreng sampai tepi telur tu kekuningan dan garing.

Ini diaaaaa…. Telur goreng Planta yang sangat yummyyy!

Si kembar bersemangat nak makan telur goreng Planta

Telur Planta untuk si manja hebat...sedappp!

See...tak susah nak bagi budak budak ni berselera nak makan. #telurgorengplanta yang sangat mudah ni pun bila dimasak dengan penuh kasih sayang dah cukup menaikkan selera si manja anda, chewahhh ;-)


Jemput makan semua ;-)

Cubalah buat telur goreng Planta ni, sangat mudah & sedap, yummy!

Lepas cuba bagitau Mama, ye bagaimana rasanya


Labels: , ,