Shuttle Bus Percuma ke Ikano dan Ikea

Salam dears,
Korang pernah naik shuttle bus ke Ikano Power Centre dan Ikea, Mutiara Damansara tak? Kalau tak pernah, meh nak bagitau ada shuttle bus percuma untuk ke sana. Mama pertama kali naik shuttle bus tu masa ke Ikea 2 minggu lepas. 

Ikano Free Shuttle
(source)

Ni lah rupa free shuttle bus ke Ikano tu. Bas nya macam bas persiaran. Selesa & ada aircond. Yang paling penting - ianya percuma! I like ;-)

Untuk nak naik shuttle bus tu, korang boleh naik LRT dan turun kat stesen LRT Kelana Jaya. Lepas ikut je laluan untuk ke seberang jalan & tunggu kat perhentian bas di situ. Ingat, ni bus stop yang kat seberang jalan (across the road) dari stesen tu tau. Dari situ bas akan bawa korang terus ke pintu masuk utama Ikano Power Centre. Masa nak balik, tunggu bas kat pintu masuk Ikano tu juga. 

Yang paling penting bila nak naik shuttle bus ke Ikano & Ikea ni, korang kena pastikan jangan terlewat. Lebih baik berada di situ lebih awal dari waktu bas dijadualkan sampai tau. Sebab ikut pengalaman Mama hari tu, bas sampai tepat pada masanya dan berhenti sekejap je ambik penumpang pastu terus jalan. So kalau korang terlambat skit je pun, mesti terlepas kena tinggal bas laa jawabnya. 

Nasib baik hari tu blogger Hanim dah pesan awal awal kat Mama supaya jangan terlambat sebab bas memang on-time. So naik naik bas kul 11pagi, kul 10.30 aii dah tercegat kat situ hehe.

Jadual free shuttle bus ke Ikano & Ikea
Maklumat lanjut boleh tengok kat:
https://www.ipc.com.my/free-shuttle-bus-service
http://www.ikea.com/my/en/store/damansara/parking

Kalau tak nak naik shuttle bus ni, boleh juga ambik teksi dari stesen LRT Kelana Jaya tu. Masa Mama pergi tu, ada banyak teksi kat situ. Mama pergi tu dalam pukul 10.30 pagi & hari bekerja. Kalau waktu & hari lain, tak tau laa camna. 

Tapi kalau korang tak kisah menunggu & nak naik bas free, naik je laa shuttle bus tu, senang & selesa :-)

First time naik shuttle bus ke Ikano / Ikea, haruslah ambik gambar hahaha ;-)

Labels: