Salam Ramadhan

Salam dears,
Hari pertama berpuasa, korang bangun sahur tak? Kitorang sahur simple je pagi tadi, nasi lemak & ayam drummets goreng. Nasi lemak dah masak siap siap sejak semalam. Sambal pula panaskan sambal yang dah siap masak sejak...err...ntah bila, memang dok ada dalam peti ais tu hehe. Tinggal goreng ayam drummets tu je pagi tadi, bangun kul 5 pagi pun sempat.

Alhamdulillah si kembar makan elok je habiskan sepinggan nasi & 2 ketul ayam tanpa merengek pun. Harap harap diorang dapat bertahan lah tu sampai waktu berbuka nanti, InsyaAllah. 

Salam Ramadhan dari Mama sekeluarga dan Kelab Blogger Ben Ashaari :-)
Semoga kita semua akan diberikan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan & dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik pada tahun ini, InsyaAllah.

Labels: