Salah Mama?!

Salam dears,
Baru baru ni ada Hari Terbuka kat sekolah si kembar, untuk ambik report card dan perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas. Nervous juga Mama masa nak pergi tu, risau kalau ada subjek yang fail dan....risau apa laa yang cikgu nak kata tentang diorang, notty ke tak dalam kelas. 

Alhamdulillah, si kembar 3 lulus semua subjek. Walaupun keputusan diorang 'dihiasi' juga dengan C & D, Mama tetap lega sebab diorang berjaya juga lulus. Ohh sekarang ni grading dah makin tinggi, markah 85 baru dapat A tau. Hmm makin susah skarang ni kan. 

Si kembar ni belajar dalam 3 kelas yang berasingan. Jadi setiap seorang ada je cerita yang cikgu sampaikan. Alhamdulillah semua guru kelas diorang cakap si kembar 3 ni budak baik, tak nakal, tak kacau orang. Cuma kadang kadang tak fokus & suka main dalam kelas tu ada laa, biasa lah budak budak.

Tapi kan...yang paling Mama tak leh lupa ialah masa jumpa cikgu kelas Fahmi, cikgu cerita kat Mama yang Fahmi bagitau cikgu yang "malam malam Fahmi tak sempat belajar sebab Mama ajar sampai Fauzi je, pastu Mama tidur!"

Huh? Tak sempat belajar sebab Mama tidur? Adehhh bertuah punya budak! Mama juga yang disalahkan...kata Mama tidur plak tu! Nak marah ada, nak gelak pun ada hehehe. Bila ditanya, Fahmi kata cikgu yang tipu! Tapi bila Mama tanya lagi & kata kalau tipu dosa, terus Fahmi ngaku yup dia cakap camtu kat cikgu, sambil tersengih sengih cam kerang busuk...Huhhh sabar je lah..

Pastu kan, dia kata "tu hari tu masa Mama sakit kepala tu kan Mama tidur". Aiyoooo nak ooii...masa tu Mama migrain, memang laa tidur awal. Time lain yang Mama dok ajar & buat homework tak nak plak diingatnya, yang sekali tidur awal tu laa yang dijadikan alasan kat cikgu *sigh*

Fahmi ohhh Fahmi...budak bertuah sungguh laa kamu ni! hehe

Labels: ,