Ragam Anak Bila Bercuti Panjang

Salam dears,
Baru baru ni Mama berkesempatan ambil cuti panjang & balik kampung. Well, tak lah lama manapun, balik kampung dari hari Sabtu sampai Rabu jer. Tapi, puaslah anak anak berseronok dikampung. Dapat jalan jalan skit, dapat main basikal dan Opah & Wan plak rajin melayan, memang heaven betullah masing masing enjoy! :-)

Dari awal lagi Mama dah bagitau si kembar, kita balik kampung 5 hari je. Rabu balik KL. So diorang pun ok lah. Tiap hari dok kira "hari ni Isnin, esok selasa, Rabu kita balik rumah kan Mama?". Bila sampai hari Rabu, masing masing redha je nak balik. Langsung tak buat perangai. Lega rasa.

Tapi kan, malam semalam masa ambik dari taska, ada juga yang meragam huhu. Belum masuk dalam kereta dah mintak nak pergi makan roti canai. Padahal diorang dah makan malam dah kat taska, sorang 2 pinggan nasi plak tu cikgu cakap. Saja ler tu, nak 'berjalan' agaknya. 

Bila kata tak boleh, semua pakat nangis. Adehhh...jenuh nak memujuk plak. Nasib baik sebelum tu Mama dah beli biskut Oreo, so umpan dengan "balik nanti kita makan Oreo nak?". Semua setuju, jom balik. Fuhh lega!

Tapi bila sampai rumah, dah start buat perangai lagi. Pakat berebut air Ice Lemon Tea yang ada sebotol je dalam peti ais. Nangis nangis lagi, terutama si Faris. Nangis sedih macam setahun tak makan kot. Dah settle kongsi minum air tu, ok laa jap. Pastu...start meragam balik! Ada je laa yang tak kena, skit skit nangis...skit skit nangis! *sigh*

Hmmm agaknya budak budak ni kan, bila dah banyak hari dapat menghabiskan masa dengan keluarga...dapat perhatian 24/7 daripada Mama Ayah Opah Wan semua, bila kena tinggal kat taska seharian, mula laa mudah sentap & meragam kan? Actually, dah biasa dah macam ni. Sehari dua lagi ok laa tu. Bila rutin harian dah back to normal, InsyaAllah.


Buah hati pengarang jantung :-)


Labels: ,